masakan petang semalam.idea dari my maksu.^_^ (12/1/11)
* 400g daging
* 3 ulas bawang putih ~ kisar
* 2 ulas bawang merah ~ kisar
* 1 inci halia ~ kisar
* 1 ulas bawang besar ~ potong dadu
* 3 keping lada kering ~ kisar
* 1 batang serai
* 1 sudu besar sos tiram
* 2 sudu besar sos cili
* 2 sudu besar sos tomato
* 2 sudu besar kicap manis
* gula & garam
Cara-cara :
1. Daging dipotong nipis. Rebus hingga empuk dlm air + halia + bawang putih. Air rebusan disimpan.
2. Tumis bwg putih, bwg merah & halia hingga naik bau & sedikit kekuningan.
3. Masukkan lada kering kisar. Tumis hingga naik minyak.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis, gula & garam. Perasakan. Masak hingga naik minyak.
5. Masukkan daging & air rebusannya.
6. Masukkan bawang besar & batang serai.
p/s.rasa masakan ni sebjijik mcm rasa nasi goreng daging merah..err yg bahagian daging lain tu lah..yg nasik tu rasa nasik la..so kalau rajen masaklah nasi goreng sikit lepas tu masak lauk ni saja..mmg kombinasi yg perfecto ^_^
0 tengah salin resipi:
Post a Comment