Monday, January 3, 2011

10 ~ SPAGHETTI SIZZLING

 Bahan-bahan

*(resipi asal)2-3 sanggul (gulung) yee mee tapi saya mandai2 tukor dgn spaghetti :P

* 5 ulas bawang putih

* 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4 (or cendawan dalam tin tu pun boleh)

* 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa

* 3 biji cili kering- potong 2

* 2 sudu besar sos tiram

* 3 sudu besar kicap cair

* 1 sudu besar kicap pekat

* 1/2 in halia- hiris nipis

* Serbuk lada hitam

* garam- secukup rasa

* Beberapa titik Minyak bijan

* 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air

* sedikit minyak utk menumis

Cara-cara


1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.

2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.

3. Masukkan 2 cawan air.

4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.

5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min
.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.

7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...

8. Akhir sekali, masukkan yee mee or spagethi- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

0 tengah salin resipi:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Notes from Nurul Baiti. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver