Showing posts with label health section. Show all posts
Showing posts with label health section. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah & Cara Mengatasi

  Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun Berdiri (Postural Hypotension)

-Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. 

-Bagi individu normal,degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. 

-Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti lalu menjadikan tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan pitam.

v  Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).

-Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. 

-Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. 

-Bagi mereka yang normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak.

-Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu menyebabkan tekakan darah menurun.

Cara-cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah

v  Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.

v  Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral Rehydration Salt, ORS).

v  Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran darah.

v  Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.

v  Pakai stoking elastik (gut/ compression stocking) – memakai stoking ini pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan lebih darah di bahagian atas badan.

v  Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan. 

sumber :http://site.100percentnutrisyen.com

tekanan darah rendah (2)


Berapa Rendahkah yang dikatakan Rendah?
 
Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.


     Tekanan Darah Rendah  =  Tekanan darah < 90/60 mmHg.
 
Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah.

Cth:    115   ∕  50      = tekanan darah rendah @   85   /   70       = tekanan darah rendah
         (normal)    (rendah)                                                                    (rendah)     (normal)

Kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba boleh membahayakan. Penurunan tekanan darah walaupun hanya sebanyak 20 mmHg (cth: drp. 130mmHg à 110mmHg) boleh menyebabkan pening dan pitam apabila otak gagal mendapat bekalan darah yang cukup


Tekanan darah rendah  boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

v  Mengandung: Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya menurun sebanyak  5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak 10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya kembali normal selepas melahirkan anak.

v  Masalah Jantung: Masalah-masalah jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah termasuklah kadar degupan jantung yang sangat rendah (bradycardia), masalah injap jantung,  serangan jantung dan kegagalan jantung. Keadaan-keadaan ini menghalang pengaliran darah secukupnya ke seluruh badan dan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

v  Masalah Endokrin: Masalah kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) atau kelenjar tiroid yang terlebih aktif (hyperthyroidism) boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Selain itu, masalah lain seperti Ketidakcukupan Kelenjar Adrenal ( Penyakit Addison), gula dalam darah yang rendah atau penyakit diabetis boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

v  Dehidrasi: Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemahan,pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah, cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan pembuangan air kencing)  dan senaman yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi.

Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock” (isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.

v  Kehilangan Darah:Kehilangan darah disebabkan kecederaan yang parah atau pendarahan dalaman mengurangkan  jumlah darah dalam badan anda, membawa kepada penurunan tekanan darah yang teruk.

v  Jangkitan yang teruk (Septicemia): Septisemia berlaku apabila jangkitan di dalam badan memasuki saluran darah. Keadaan ini boleh membawa kepada kejatuhan tekanan darah yang mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil ”septic shock’.

v  Tindak balas alahan yang teruk (anaphylaxis): Anaphylaxis adalah serius dan berpotensi mengancam nyawa. Pencetus-pencetus anaphylaxis yang lazim ialah makanan,sesetengah ubat,bisa serangga dan bisa ular. Anaphylaxis boleh menyebabkan masalah pernafasan, kegatalan,pembengkakan kerongkong dan kejatuhan tekanan darah.

v  Kurang zat dalam diet anda: Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah. 
 
sumber :http://site.100percentnutrisyen.com

tekanan darah rendah (1)



Definisi 

Keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi

Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor -Faktor
  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
Gejala atau tanda-tanda awal 
  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus

Penyebab Tekanan Darah Rendah 

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah. 
sumber : http://www.thetole.org

Wednesday, November 3, 2010

Obsesif Kompulsif (OCD) (2)



Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Risiko Seseorang Mendapat OCD
  1. Genetik - ( Keturunan ) Ahli keluarga yang mungkin mempunyai sejarah penyakit ini meningkatkan lagi risiko OCD.
  2. Organik- Masalah organic seperti lesi dibahagian-bahagian tertentu otak juga merupakan satu factor bagi OCD. Masalah saraf seperti yang disebabkan oleh meningitis dan enkefalitis juga adalah salah satu penyebab OCD.
  3. Personaliti - Mereka yang mempunyai personality obsesif lebih cenderung mendapat gangguan OCD. Ciri-ciri mereka yang memiliki personality ini ialah seperti keterlaluan mementingkan aspek kebersihan, seseorang yang terlalu patuh pada peraturan, cerewet, sukar bertolak ansur dan tidak mudah mengalah. ( contoh terbaik mcm mr Monk :) )
  4. Pengalaman lalu - Pengalaman masa lalu / lampau juga muda mencorakkan kaedah seseorang menangani masalah diantaranya dengan menunjukkan symptom OCD.
  5. Konflik - Mereka yang mengalami gangguan ini biasanya menghadapi konflik jiwa yang berpunca daripada apa juga masalah hidup.

Ciri-Ciri OCD
Dalam proses penyiasatan, doctor akan mengambil kira latar belakang dan sejarah pesakit termasuklah:-
  • Tempoh berlakunya masalah tersebut
  • Punca sebenar tercetusnya masalah
  • Tempat simptom OCD sama ada lebih ketara di rumah atau di pejabat
  • Keseriusan simptom sekiranya penderita menghadapi masalah.
  • Peringkat keterukan yang dihadapi.
Rawatan
Ubat-ubatan

Biasanya doctor akan memberi ubat anti-obsesif seperti chlomipramine dan fluxomine bagi membantu menenangkan pesakit. Ubat-ubatan ini juga berpotensi menghapuskan fikiran obsesional pesakit.

Adakalanya pesakit terpaksa mengamalkan ubat-ubatan ini dalam tempoh yang agak lama seperti dua hingga tiga tahun bergantung kepada tindakbalas.

Pendekatan psikologi
Pendekatan psikologi yang merangkumi psikoterapi kognitif dan psikoterapi tingkahlaku:-
  1. Psikoterapi kognitif - pesakit akan dibantu mengatasi masalah ini melalui cadangan dan perbincangan berdasarkan pemikiran yang rasional.
  2. Psikoterapi tingkah laku - Tetapi ini lebih bercorak kepada pendedahan dan tindakan pencegahan yang berperingkat-peringkat.
Bagaimanapun, sembuh atau tidak seseorang pesakit bergantung kepada:-
  • Keseriusan masalah yang dihadapi
  • Kerjasama dan patutnya terhadap rawatan yang diberi
  • Sokongan individu yang hampir seperti ahli keluarga, rakan-rakan atau teman.
  • Tempoh mengidap penyakit tersebut.
sumber : http://www.mentalhealth.org.my

Obsesif Kompulsif (OCD) (1)



Ciri-Ciri OCD
  • orang itu obsesional dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak.
  • Individu terbabit berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa dengan keadaan ini.
  • Sedar dan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibaut-buat tetapi datang dari luar 'ego alien' pada dirinya.
  • Individu tersebut tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu adalah karut, tidak logic dan tidak sepatutnya berlaku.
  • Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah
Pemikiran atau bayangan ruminasi obsesional ini boleh dibahagikan kepada sama ada:-
  1. Was-was
  2. Kebersihan
  3. Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan (slowness) 
Biasanya disusuli dengan tindakan kompulsif atau perbuatan yang dilakukan berulang kali. Individu yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini biasanya cepat marah, mudah tersinggung di mana fungsi sosial mereka menjadi tidak terurus.

Malah, tumpuan fikiran mereka juga sering terganggu mengakibatkan hubungan sosial dengan orang lain dan keluarga sering menimbulkan masalah. 


Individu yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya sering berkeadaan seperti:-
  • Kemurungan
  • Sedih
  • Kurang selesa
  • Cepat letih
  • Berat badan menurun
  • Cepat marah
  • Tidak menghiraukan aspek pengurusan diri seperti kebersihan atau kecantikan.

Friday, October 22, 2010

10 kesilapan dalam berdiet

1 Terlampau ghairah mengira kalori.

2 Tidak minum air yang mencukupi.

3 Makan roti, pasta dan ubi kentang lebih banyak berbanding protein, daging segar, buah dan sayur.

4 Makan makanan proses lebih banyak dari makanan segar.

5 Memasak sayur berlebihan menyebabkan khasiatnya hilang.

6 Tidak merancang dengan betul program diet.

7 Menyalahkan orang lain di atas kegagalan program diet anda.

8 Menyudahkan juga sisa makanan sedangkan anda telah kenyang.

9 Mengabaikan sarapan pagi.

10 Berlapar sepanjang hari kononnya sedang mengamalkan program diet.

sumber :http://kelabdiet.com/




Monday, October 18, 2010

Masalah terlalu kurus



sedikit fakta

Faktor-Faktor kenapa kita tidak berjaya menambah berat badan.

1~ makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia- sia.

2~ adalah pengambilan makanan yang sedikit ( makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja

3~terdapat pelbagai masalah kesihatan yang boleh timbul dari masalah ini. Kekurangan zat makanan, keletihan kronik (chronic fatigue), amenorhea (ketiadaan haid) atau pusingan haid yang tidak sekata, anemia (kurang darah) dan kurangnya ketahanan tubuh terhadap jangkitan kuman.

4~Di samping itu ketidakseimbangan hormon juga mampu berlaku terhadap mereka yang terlalu kurus dan ini pasti akan membawa kepada pelbagai lagi masalah lain yang berkaitan dengan fungsi hormon tersebut.

5 tips

1. Tetapkan satu berat badan target dalam tempoh tertentu. Pastikan juga ia realistik dan boleh dicapai. Sebagai contoh: 2 kilo dalam masa 6 minggu. Timbanglah berat badan anda setiap minggu.

2. Bersenam secara teratur dan berkala. Elakkan senaman yang terlalu meletihkan dan melampaui keupayaan badan sendiri.

3. Tidur yang cukup. Kawal stress dan buang tabiat yang membahayakan kesihatan contohnya merokok

4. Ambillah makanan berkalori tinggi seperti produk susu, kekacang, buahan kering dan telur. Rehat secukupnya dan ambillah makanan ringan yang berkhasiat di antara sela waktu makan. Lebihan kalori antara 500 ke 1000 kalori sehari dianggarkan dapat meningkatkan berat badan antara 0.5 ke 1 kg berat badan seminggu

5. Elakkan produk-produk suplemen yang meningkatkan berat badan atau meningkatkan selera makan yang tidak diketahui kesan sampingnya.

sumber : http://papisma.org/index/?p=297

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak



1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan
boleh mengakibatkan penyakit Alzheimer.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

sumber  http://www.raudhah.net/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Notes from Nurul Baiti. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver