1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,
paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan
kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
- Ia akan
membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan
sel-sel otak terjejas atau
terbakar dan
boleh mengakibatkan
penyakit Alzheimer.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan
mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan
mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh
menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh
mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan
membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh
mengurangkan keberkesanan otak dan juga
membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh
menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita
kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
sumber http://www.raudhah.net/
0 tengah salin resipi:
Post a Comment