Sunday, October 10, 2010

Petunjuk Solat Sunat Istikharah (update-! quick notes 17 oct )


Ketika hendak mendirikan solat istikharah ni ada adab dan syarat dia...Agar matlamat utk sembahyang  istikharah  tu tercapai.

Petunjuk dari Allah kesan dari solat Istikharah merupakan satu yang sukar untuk kita tahu. Walaubagaimanapun ulama' telah membuat garis panduan berkaitan hal ini

Cara-caranya:
al Imam Nawawi menjelaskan syarat utama sebelum solat istikharah ialah minda kita hendaklah benar-benar bebas tanpa sebarang kecenderungan pendapat peribadi. Jika kita telah ada keputusan dan kecenderungan hati, lebih baik kita jangan berdiri melakukan solat istikharah. Maksudnya janganlah kita mengutamakan sesuatu yang sudah berat dalam jiwa kita sebelum solat. Solat hendaklah dilakukan dengan khusu', memilih waktu yang tenang dan sunyi, serta membaca do'a yang diajar oleh Nabi saw dalam hadis Jabir dari riwayat Bukhari.

Tanda2 atau petunjuk:
AnNawawi menyebut lagi petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk ketenangan, kecenderungan, ilham, mimpi dsbnyanya.
Ia merupakan suatu dorongan atau kecenderungan atau kemahuan yg kuat kepada seseorang dalam bentuk meneruskan atau meninggalkan atau pilihan A atau B.

Prof Mutawalli Sya'rawi rh (Anta tasal wa Islam Yujib) berpendapat Solat istikharah dan mimpi tiada kaitan kerana mimpi adalah mainan tidur yg dipengaruhi oleh banyak faktor. Alamat istikharah datang dalam bentuk kemantapan hati spt yg dijelaskan oleh Ibn Qayyim di atas.

Allahu a'alam

***
Quick Notes
Pelbagai Petunjuk yang Mungkin Datang sesudah selesai membuat solat Istiharah :
  1. Allah memberikan petunjuk melalui mimpi
  2. Petunjuk melalui firasat
  3. Petunjuk melalui ketetapan hati
  4. Petunjuk dengan menjauhkan orang tersebut dari yang tidak baik untuk dirinya dan mendekatkan dengan apa yang baik untuknya
 Tanda-tanda selepas solat istikharah bukan mimpi...tandanya ialah ketetapan hati. Kalau hati kita lebih pada sidia seorang memang itulah petunjuknya. Solat istikharah lebih elok dilakukan banyak kali. Insya allah suatu hari nanti akan dapat petunjuk sebenarnya.

0 tengah salin resipi:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Notes from Nurul Baiti. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver