Showing posts with label Dari Dapur Baiti. Show all posts
Showing posts with label Dari Dapur Baiti. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

53~Kerabu Daging

Bahan Bahan

Daging
sos ikan
perahan air asal limau
serbuk cili

Bahan hirisan :

bawang besar
tomato
cabai burung
kacang panjang
daun limau purut

Cara -cara

daging dibakar

gaulkan bahan hirisan dalam satu bekas

campurkan daging bakar

gaulkan bersama sos ikan dan perahan air asam limau (tak perlu garam sebab sos ikan dan masin)

taburkan sedikit serbuk cili

gaulkan semua bahan2 tadi

siap~!!

Tuesday, March 1, 2011

52~Gulai Daging with Kentang

Bahan bahan

Daging yg telah direbuns
kentang
santan
serai
sedikit halia
asam keping
sedikit kerisik

bahan tumbuk

kunyit hidup
cabai kering
bawang kecik 3 ulas

Cara cara 

bahan tumbuk dicampurkan kedalam periuk bersama sama dgn santan dan serai


masukkan kerisik dan potongan kentang

tunggu hingga mengelegak

masukkan daging yg telah direbuskan

masukkan asam keping

wait hingga kentang dan daging empuks~!

Thursday, February 17, 2011

Milo Dinasour

tengah mengodek2 pesbuk tadi tetiba resipi minuman milo dinasour terbuntang terpampang kat depan mata.terus terliur n dan2 rasa nak buat..
terus klik link itu baca laju2 dan terus lah membuatnya
hasilnya............
tolong la terliur :P
sambil menyiapkan resipi diatas sambil berchat ngn encik tu.duk sibuk menanya ada ke milo macam tu .
ekekeekek.dan as usual terus dipublishkan ke dalam fb via SE ekeke..*via SE pun dok kecoh2* T_T



ohh btw ni resipinya selamat mentry

Bahan-bahan ( 1 mug @ gelas )

  • 6 sudu Milo
  • 1/2 sudu susu pekat
  • 340ml air sejuk
  • 1 cawan ais batu hancur
  • 3 sudu Milo ekstra

Cara-cara

  1. campurkan milo dgn susu pekat dlm gelas yg sesuai
  2. masukkan air sejuk dan kacau betul2 sebati
  3. masukkan ais batu hancur dan kacau lagi bagi sebati
  4. tambah 3 sudu Milo ekstra mcm dlm gambar... nk lebih pn boleh.

Saturday, February 12, 2011

51~Ikan Bakar Bercabai

After
Before (maap comot2 pulak T_T )





Bahan bahan

Ikan selar kuning dikelar kelar
cabai kering - diblender ( boleh juga guna serbuk cili dibancuh dgn sedikit air )
3 biji limau purut
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

lumurkan bahan2 diatas pada ikandari
perap lebih dari sejam
then bakor le apa ke lagi

Thursday, February 10, 2011

50 ~ Ikan Masam manis



Bahan-bahan


  • 2 ekor ikan saiz kecik(ikan yg sesuai digunakan ikan bawal tapi masa masak ni guna ikan selar kuning main memandai mandai je)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 bj lada merah
  • 1" halia
  • 1 btg carrot
  • 1 bj bawang besar
  • 5 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • garam dan gula
  • serbuk kunyit
  • 5 sb tepung jagung
  • 2 sb minyak masak 
  • sebijik buah tomato

Cara-cara

  1. Sediakan kuali besar,masukkan 5 cawan minyak masak. Panaskan kuali hingga minyak betul2 panas. Sementara itu sediakan ikan.
  2. Ikan dikelar, dilumur garam & serbuk kunyit. Lumurkan pula dengan tepung jagung hingga menutupi semua ikan. Goreng ikan dgn api besar hingga ikan agak garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Carrot dipotong memanjang, bwg besar dipotong bulat & tebal, halia dipotong memanjang.tomato potong bulat bulat.
  4. Kisar lumat bwg putih,bwg merah & lada merah. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bhn kisar dan halia selama 5minit.
  5. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau sebentar dan masukkan air. Biar mendidih.
  6. Bila mendidih masukkan gula & garam. Masuk pula carrot,bawang besar dan tomato buah. Biarkan selama 5minit.
  7. Rasa masam manisnya, bila dah ok padam api dan curahkan sos atas ikan yg dah digoreng tadi.

49~Ikan Masak Touchu


Bahan-bahan

ikan digoreng terlebih dahulu (cencaru/ikan kembung besar or apa2 ikan yg sesuai)


bahan2 lain :

hiris
bawang putih
bawang kecik
halia
air asam jawa
air masak

Sayuran
timun dibelah kemudia dipotong
bawang besar hiris bulat2
cabai hijau dibelah tak putus

perencah touchu


Cara - cara :
tumis bahan2 hirisan hingga naik bau

masukkan perencah touchu

tuang sikit air

kacau hingga mengelegak

masukkan air asam jawa/ikan /dan bahan sayuran

tambah air jika kurang kuah

siap~!!

Monday, February 7, 2011

48~Rendang Ayam

Bahan-bahan:

1.5kg ayam
Minyak masak
2 sudu makan kerisik
1 kg santan pekat
2 cawan air
2 helai daun kunyit (dimayang halus) /ni takde so ganti dgn daun limo purut
Garam kasar
Serai-rincit halus2

Bahan Dikisar:

Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit Hidup
Serai

Cara ~Cara :

Bahan kisar diblender bersama santan - tumiskan

Bila dah mendidih masukkan ayam /serai

Bila separuh masak, masukkan kerisik dan garam/ secukup rasa. Biar kuah menjadi agak pekat.

Akhir sekali, masukkan daun kunyitor daun limau purut

47~Solok Lada

Percubaan pertama agak sepah2
Bahan-bahan

5-8 biji cili hijau
3-4 ekor ikan kembung- rebus ambil isinya
1/2 cawan kelapa parut putih

3-4 biji bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara


-Cili hijau dibelah tengah dan rendam dalam air.


-Tumbuk lada hitam,isi ikan dan bawang merah bersama kelapa parut putih. Tapi jangan terlalu lumat.


-Perasakan dengan garam dan gula.


-Ambil cili yang telah di belah tadi dan sumbatkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam cili. Buat hingga habis.


-Susunkan cili yang telah disumbat tadi ke dalam periuk dan tuangkan santan. Rebus hingga cili agak layu.


-Angkat dan bolehlah dihidangkan


***
conteng tapak tangan
-isi ikan tu kalau lagi lebih lagi umphh ^..^

Saturday, January 29, 2011

46~Ikan Percik Kelantan





Bahan-bahan

ikan salut dgn kunyit n garam
santan agak2 sendiri dgn berapa ekor ikan yg digunakan
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai -diricih
sedikit halia
sekeping asam keping
gula

Cara-cara

ikan dibakar dulu

Halia/serai/bawang merah/bawang putih -tumbuk or blender

Panaskan santan -Masukkan bahan tumbuk/blender tadi/garam/asam keping

kacau hingga naik minyak dan pekat

masukkan sedikit garam/gula

curah kuah percik kelantan ye berwarna putih atas ikan bakar tadi

45~Ikan Percik Simple

Bahan bahan

sekor ikan-salutkan dgn garam dan kunyit
serai dikatuk
santan
asam keping
gula/garam

bahan blender or tumbuk

cabai kering
3 ulas bawang kecik
2 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup

Cara-cara

ikan bakar terlebih dahulu

satukan bahan2 blender bersama santan

bubuh sekali serai/asam keping /garam/gula

kacau2 kan kuah percik hingga masak

tuangkan kuah percik atas ikan bakar

44~Cendawan Black Pepper with Kentang Goreng


Bahan-bahan

hiris - bawang merah n bawang putih (2-3 ulas)
lada hitam -ditumbuk
cendawan.
kentang-potong ikut suka hang
sedikit garam/kunuit serbuk

Cara-cara

goreng kentang dgn kunyit dan garam -ketepikan

tumis bawang bawang- bawang hingga wangi- kemudian masukkan cendwan-tumis separuh masak

campurkan kentang goreng tadi-bubuh le lada hitam yg ditumbuk

siap -buh air jika mahu kuah

conteng tapak tangan
sesuai dimasak ketika fish cake dan fish ball kehabisan stock maka kentang goreng lah penggantinya
^..^


Wednesday, January 26, 2011

43~Ikan Bakar Kuah Masala

Bahan bahan

ikan dikelar kelar
limau nipis
garam

hiris halus

beberapa helai Daun limau purut
4 helain daun pandan
serai
tomato potong dadu

blender

bawang merah
cili merah(cabai kering pun ok)
2 biji buah keras
kunyit hidup
halia

Cara-cara

ikan diperap dgn limau nipis dan garam dalam 20 minit gitu - bakar.


tumis bahan hiris dan bahan blender hingga naik bau dan pecah minyak

masukkan tomato - kacau

gaulkan ikan bakar dgn sambal masala yg telah dimasak (bahan tumisan (blender/hiris)
siap!!! (nak sumbat ikan dgn sambal masala tu pun boleh )




42~Masak Lemak Cili Api

si cabai entprame terlebih
Bahan bahan

Ikan kembung potong dua
santan
tomato belah 4
2 cili hijau
daun limau purut
5 biji cili api-tumbu
kunyit hidup-tumbuk
serai -dikatuk

Cara-cara

Campur bahan tumbuk dan serai bersama si ikan dalam periuk

campurkan santan sekali

daun limau purut dikoyakkan pun campakkan campur sekali

dah mendidihkan masukkan tomato

letak atas api

kacau selalu supaya gulai cantik dan santan tidak pecah

41~Terung goreng kunyit

Bahan bahan

TErung panjang belah dua
Serbuk kunyit
garam
bawang besar potong bulat bulat
bawang putih hiris
cili padi hiris

Cara-cara

Terung dikupas kulit - gaulkan dgn garam & kunyit

goreng terung hingga layu tapi jgn sampai over cook nanti lembik

dah digoreng ketepikan toskan dgn kertas tisu untuk serap minyak

TUmis bawang besar / bawang putih /cili padi

lastly -taburkan tumisan atas terung goreng tadi..

sila makan masa panas2 baru ngam :)

Sunday, January 23, 2011

40 ~ Ikan Bakar Berempah

Si Ikan ditemani daun2 kari

si Ikan dah di bakar - daun kari hangus silap teknik T_T tapi ikan alhamdulilah ok ^..^
Bahan bahan :

Ikan kembung yg telah dikelar kelar
serbuk cili / cili blender
tepung jagung
garam
serbuk kunyit (lagi sedap guna kunyit hidup)
daun kari ikut suka hang le nak banyak mana

bahan tumbuk

6 ulas bawang putih
halia sedikit
serai 3 batang

Cara-Cara :

Lumur ikan dengan bahan2 diatas...

perap lebih dari sejam..lg lama lg la baguih

kemudian bakar ...(bakar guna kuali tebal mak je ni)

perfecto dimakan dgn air asam kerisik dalam gambar ada menyelit sikit air asam tu

Saturday, January 22, 2011

39~Ikan Kukus Serai

Yehaaa suksess dgn begitu jayanya rasa mcm kat kedai siam

si Ikan bersama bahan-bahan (be4 dikukus)

si Ikan dah selamat dikukus
Bahan bahan

Hirisan

1 biji Bawang besar
halia sedikit
Tomato
Lobak merah
Cili

bahan bahan lain

tepung jagung (untuk kasi kuah likat)
garam n gula -perasa
sos ikan
air sebagai kuah
serai diketuk buat dalam 4 batang mcm tu

Cara cara

sementara nak siap bahan2 yg pelu dihiris tu , silalah sediakan air kukusan hingga mendidih

gaulkan ikan dengan tepung jagung /garam/gula/sos ikan

taburkan bahan2 hirisan

kukus hingga masak ( dalam 20 minit mcm tu)

conteng tapak tangan :
-nak tambah2 asam boi pun boleh..nanti jadi lah ikan kukus asam boi
-alhamdulilah ikan tidak lg pecah2..sangat beda rupa ikan kukus yg ni dgn ikan kukus touchu (yg masak sebelum ni ..learn from d mistake (T__T)

38~Ikan 3 rasa percubaan kedua

cuba dengan opsyen yg lain pulak percubaan sebelum ni sangat masin dah sangat tidak lawa..yg kali kedua ni pun tak le lawa sangat rupanya tapi dari segi rasa alhamdulilah ok jer.. ^..^

Bahan bahan

Ikan yg telah digoreng (ai guna ikan kembung besar)
bahan cincang :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sikit
cili merah potong serong

Bahan Hiris

bunga kantan
2 helai daun limau purut (lebih pun ok jer)
4-5 biji cili padi

Bahan sos

Cili kisar (bole diganti dgn cili serbuk)
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu gula pasir (tapi tak letak pun)
1 sudu kicap manis

Cara-cara

tumis bahan cincang hingga wangi

masukkan bahan sos

sesudah mendidih masukkan bahan hirisan + air (jika mahu kuah lebey)

masak hingga kuah pekat -kemudian boleh la tuang ke ikan yg telah digoreng tadi


Thursday, January 20, 2011

kenali ikan yang pemes dalam masakan

Aku tak berapa nak kenal ikan..kalau sedang menengok resipi tu kena guna ikan si polan  mmg boleh hilang mood memasak
So marilah mari kita belajar,kenali dan tgk gambar ikan satu persatu .Mostly Ikan yg selalu digunakan dalam masakan melayu khasnya

Ikan cencaru
biasanya orang buat masak cencaru sumbat belah belakang.beside dat sangat ummph untuk dibuat ikan bakar

Ikan Pari
pemes dalam masakan asam pedas/tempoyak

Ikan siakap
sesuai dimasak : kukus/asam pedas/3 rasa/percik

Ikan Merapu Kerapu
dalam masakan : bercili/sweet sour/steam/3 rasa

Ikan Tenggiri
dalam masakan :berlada/masak asam/masak kicap
Ikan Terubuk
masakan : bakar/goreng/kukus/asam pedas

Ikan Kembung
Huish macam2 boleh masak ...mostly ikan paling pemes sebab senang kenal (untuk orang yg baru belajar masak mcm aku ni ,ni la ikan yg selalu menjadi pilihan di hati

sumber pix
images bin google

Wednesday, January 19, 2011

37~Daging Masak Kunyit with sayur campur

Bahan-bahan
daging yg telah di potong -perap dgn kunyit dan garam
tumbuk : bawang merah/bawang putih/halia
sayur :brokoli /kobis putih (sayur lain pun boleh ikut suka mengkome)
garam/lada sulah

Cara-cara
goreng daging terlebih dahulu
ketepikan tumis bahan tumis dan sayur sayuran..
campurkan daging goreng tadi
taburkan serbuk kari sedikit bersama serbuk kunyit
letak sedikit garam n lada sulah
siap !!!

sayur tu elok la separuh masak..lebih rangup v(^..^)

36~ Kerabu telur

Bahan - bahan

cincang : tomato / bawang besar / kobis putih
belacan dibakar sedikit
perahan air asam limau
sebijik telur
sedikit ikan bilis

Cara cara

goreng telur seperti telur dadar-potong kecik
ikan bilis juga digoreng
gaulkan semua bahan cincang/belacan bakar /ikan gilis goreng dan telur dalam satu bekas
perahkan air asam limau
siap (-..^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Notes from Nurul Baiti. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver