Friday, November 12, 2010

Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah & Cara Mengatasi

  Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun Berdiri (Postural Hypotension)

-Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. 

-Bagi individu normal,degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. 

-Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti lalu menjadikan tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan pitam.

v  Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).

-Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. 

-Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. 

-Bagi mereka yang normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak.

-Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu menyebabkan tekakan darah menurun.

Cara-cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah

v  Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.

v  Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral Rehydration Salt, ORS).

v  Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran darah.

v  Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.

v  Pakai stoking elastik (gut/ compression stocking) – memakai stoking ini pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan lebih darah di bahagian atas badan.

v  Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan. 

sumber :http://site.100percentnutrisyen.com

0 tengah salin resipi:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Notes from Nurul Baiti. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver