Saturday, January 8, 2011

19~CRISPY POTATO WEDGES


Bahan-bahan ( 2 orang )

* 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji

* 2 sudu teh serbuk lada hitam

* 1 sudu teh serbuk cili

* 1 biji putih telur - dikocok

* Tepung gandum secukupnya untuk salut

* Garam

Cara-cara


1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.

2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.

3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.

4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.

5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.

6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

 P/s :(hmm kurang sukses tapi ada la ropa2 n rasanya sikit..next time buat dah tau macamana nak adjuz)

0 tengah salin resipi:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Notes from Nurul Baiti. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver