Saturday, January 22, 2011

38~Ikan 3 rasa percubaan kedua

cuba dengan opsyen yg lain pulak percubaan sebelum ni sangat masin dah sangat tidak lawa..yg kali kedua ni pun tak le lawa sangat rupanya tapi dari segi rasa alhamdulilah ok jer.. ^..^

Bahan bahan

Ikan yg telah digoreng (ai guna ikan kembung besar)
bahan cincang :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sikit
cili merah potong serong

Bahan Hiris

bunga kantan
2 helai daun limau purut (lebih pun ok jer)
4-5 biji cili padi

Bahan sos

Cili kisar (bole diganti dgn cili serbuk)
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu gula pasir (tapi tak letak pun)
1 sudu kicap manis

Cara-cara

tumis bahan cincang hingga wangi

masukkan bahan sos

sesudah mendidih masukkan bahan hirisan + air (jika mahu kuah lebey)

masak hingga kuah pekat -kemudian boleh la tuang ke ikan yg telah digoreng tadi


2 tengah salin resipi:

::FAIZ:: said...

masakkan aku blh?

Nurul Baiti said...

eh bukan tak suka makan ikan ke :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Notes from Nurul Baiti. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver