Thursday, December 30, 2010

8~MAMAK FRIED CHICKEN

My favorite masakan n most suksess sekali :_ ..ALhamdulilah..
Mamak fried chicken (before)

Mamak fried chiken (After)







Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong ikut suka
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada sulah
1 sudu kecil kunyit serbuk
daun kari secukupnya (bubuh banyak2 lg ummmphh)
garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
5 tangkai cili kering ( masa masak tadi ganti ngn serbuk cili pun boleh)
1 inci halia

Cara-cara:
* gaulkan ayam dengan semua bahan
* perapkan selama 1/2 jam atau lebih
* selepas itu gorengkan sehingga garing

7~DAGING BLACK PEPPER BERSAMA SAYUR CAMPURAN

Bahan-bahan : 
daging : 
daging di potong dadu /1 serbuk kunyit untuk goreng daging/ lada hitam ditumbuk kemudian dilumurkan pada daging perap dalam 15 minit

penumis : 
2 biji bawang kecik./2 ulas bawang putih../(dihiris hiris)

sayur : 
kacang pin/bunga kobis/karot/tomato
1 biji bawang besar potong bulat...

Cara-cara:
1) daging tu digaul dgn lada hitam bersama kunyit dan garam..daging tu kalau nak cantek potong nipis2 (jgn potong mcm ai potong tu ekeke) 
(2)tumis bawang putih n bawang kecik
.(3) pastu bubuh la segala mcm sayur yg ada recommended kacang pin,kobis bunga,karot, or apa2 la asalkan sayur yg masak dia kejap je
,(4) nak dekat2 masak2 tu bubuh la bawang besar n tomato 
(5)Done bebeh :)

6~AYAM PERCIK

Bahan-bahan :
1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya)

Bahan A: (diblender dengan sedikit air)
3 batang serai
2 inci halia
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah

Bahan B:
1 1/2 cawan air asam jawa pekat
7 sudu besar gula
garam secukupnya

Bahan C:
6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit)
1 cawan santan pekat

Cara-Cara :
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula, bila agak pekat masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata.

Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. 

Bila kuah separuh pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api.


bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana ayam tadi telah pun pun dimasak)

Bila sudah siap bolehlah dihidangkan ayam percik special bersama kuahnya.

Wednesday, December 29, 2010

5~AYAM MASAK THAI



Bahan bahan : 

-ayam potong kecik2

-1 labu bawang besar

-2 batang serai

-3 helai daun limau purut

-Sedikit Gula

-2 sudu kicap pekat

-4 ulas bawang merah

-½ inci halia

-8 biji cili kering

-1 ½ cawan air.

-Garam secukup rasa

-Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara : 

-Goreng ayam yang telah digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit sehingga masak.

-Kisar bawang merah, halia dan cili kering.

-Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak kemudian masukkan air.

-Biar sehingga mendidih, masukkan garam, gula dan kicap pekat.

-And then masukkan serai yang telah diketuk.

-Kemudian masukkan ayam.

-Kacau dan masak dengan api sederhana.

-Selepas 5 minit, masukkan daun limau purut dan bawang besar yang di mayang nipis.

4~AYAM MASAK BERCILI (GORENG GUNA TEPUNG JAGUNG)

Bahan bahan :

-isi ayam dipotong kecik2

-15 tangkai cili kering dipotong

-1 biji bawang besar

-2 ulas bawang putih

-1 sudu besar tepung jagung

-1sudu besar sos tiram

-1 sudu besar kicap cair

-sikit kicap pekat
.
-minyak untuk menggoreng

Cara cara :
-ayam digaul dgn tepung jagung

-goreng dan angkat

-tumis bawang putih bawang besar dan cili kering hingga wangi

-masukkan bahan2 lain.

-masukkan ayam..

-its done bebeh~!

Monday, December 27, 2010

3~AYAM HITAM SERI RASA


Bahan-bahan:

-2 ketul kepak ayam

-2 suddu besar pes cili

-2 sudu besar kicap manis

-2 sudu sos barbeku ( saya takde bahan ni masa masak ni tadi dgn mandai2nya bantai je campur segala kicap yg ada hehe)

-3 cawan minyakkunyit

-garam,gula secukup rasa..

(BAHAN KISAR A)
-sebijik setengah bawang besar

-3 ulas bawang putih

-halia sikit

-1 batang kulit kayu manis

(BAHAN KISAR B)

-1 sudu besar ketumbar (ni pun tarak tadi)

-1 sudu jintan manis

-1 sudu jintan putih

Cara-cara
-goreng ayam setengah masak pehtu ketepikan ayam tu

-guna minyak yg sama tumis bahan kisar A hingga naik bau

-masuk bahan kisar B hingga wangi

-masuk pes cili kicap sos babrbeku garam gula

-tambah air jika pekat

-masukan ayam

-gaul2kan le ayam tu

2~AYAM MASAK PAPRIK ( kering version)



***
Bahan-bahannya :
½ ekor ayam, dipotong kecil
4 biji bawang merah, ditumbuk
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 biji bawang besar, dimayang
2 batang serai, dititik
2 biji buah tomato, dipotong 4
5 biji cili padi, ditumbuk (kalau suka pedas boleh tambah)
2 biji limau kasturi, diambil jusnya
5 helai daun limau purut, disiat-siat
7 sudu makan sos cili
6 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
minyak secukupnya
air secukupnya
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
gula secukup rasa

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam setengah masak, jangan terlalu garing.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air.

Notes:
Dalam gambar style kering nak kuah lebih kena sila lebihkan  airnya (^_<)   

1~AYAM BAKAR REMPAH KARI




credit to my maksu yg bg resipi ni (^_^)V

*** 
Bahan-Bahan : 

-1 sudu serbuk kari daging

-1 sudu serbuk kunyit

-garam secukup rasa
***
Bahan Blender : 

-3 ulas bawang putih

-3 ulas bawang merah

-halia

Cara cara :
-perap dalam sejam n then bakar..(lagi lama diperap..lebih ummphhh)

notes : resipi ayam bakar yg paling mudah untuk dicuba..(^_<)

Sunday, December 26, 2010

CoMing SooN

 

Resipi -resipi adalah dari sumber :

*My Mom

*My Maksu

*My resipi.com

*Blog blog Masakan

*Forum forum Masakan

*BukU Koleksi MasakanAyam

*Buku Koleksi Masakan Barat

*Buku sajian Penang Nyonya

*Buku resipi 30 Minit Chef Kamarul

*Buku Masakan Citarasa Malaysia

Friday, December 24, 2010

JoM MasaK

Salam semua entry2 selepas ini akan berkisar mengenai resipi resipi dari masakan masakan yg  ringkas dan mudah ,sesuai la dengan orang yg baru baru nak belajar2 masak macam saya ni..Untuk permulaan saya akan menempek gambar2 masakan yg telah dimasak oleh saya.InsyaALLAH selepas ini saya akan meletak gambar satu persatu beserta resipinya sekali..
AYAM BAKAR REMPAH KARI

AYAM MASAK PAPRIK ( kering version)

AYAM HITAM SERI RASA

AYAM MASAK BERCILI (GORENG GUNA TEPUNG JAGUNG)

AYAM MASAK THAI

AYAM PERCIK

DAGING BLACK PEPPER BERSAMA SAYUR CAMPURAN

MAMAK FRIED CHICKEN (BEFORE)

MAMAK FRIED CHICKEN (AFTER)


SATE AYAM

SPAGHETTI SIZZLING

SUP MANGGA AYAM


Wednesday, December 15, 2010

Nai @ de Finale..









Wednesday, December 8, 2010

Pix Of Nai (week 12)













Thursday, December 2, 2010

Pix Of Nai (week 11)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Notes from Nurul Baiti. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver