Saturday, January 29, 2011

46~Ikan Percik Kelantan





Bahan-bahan

ikan salut dgn kunyit n garam
santan agak2 sendiri dgn berapa ekor ikan yg digunakan
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai -diricih
sedikit halia
sekeping asam keping
gula

Cara-cara

ikan dibakar dulu

Halia/serai/bawang merah/bawang putih -tumbuk or blender

Panaskan santan -Masukkan bahan tumbuk/blender tadi/garam/asam keping

kacau hingga naik minyak dan pekat

masukkan sedikit garam/gula

curah kuah percik kelantan ye berwarna putih atas ikan bakar tadi

45~Ikan Percik Simple

Bahan bahan

sekor ikan-salutkan dgn garam dan kunyit
serai dikatuk
santan
asam keping
gula/garam

bahan blender or tumbuk

cabai kering
3 ulas bawang kecik
2 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup

Cara-cara

ikan bakar terlebih dahulu

satukan bahan2 blender bersama santan

bubuh sekali serai/asam keping /garam/gula

kacau2 kan kuah percik hingga masak

tuangkan kuah percik atas ikan bakar

44~Cendawan Black Pepper with Kentang Goreng


Bahan-bahan

hiris - bawang merah n bawang putih (2-3 ulas)
lada hitam -ditumbuk
cendawan.
kentang-potong ikut suka hang
sedikit garam/kunuit serbuk

Cara-cara

goreng kentang dgn kunyit dan garam -ketepikan

tumis bawang bawang- bawang hingga wangi- kemudian masukkan cendwan-tumis separuh masak

campurkan kentang goreng tadi-bubuh le lada hitam yg ditumbuk

siap -buh air jika mahu kuah

conteng tapak tangan
sesuai dimasak ketika fish cake dan fish ball kehabisan stock maka kentang goreng lah penggantinya
^..^


Thursday, January 27, 2011

Lelaki Idaman Wanita

sumber dari halaqah.net

Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

***
Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

***
Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

***
Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
***
Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
***
Lelaki yang punya pendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

***
Lelaki yang kemas dan bersih.
Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

***
Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

***
Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

***
Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

***
Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
***
Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
***
Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
***

Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

***

Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
***

Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.
***

Tambahan sendiri :

lelaki yg tahu masak
bukan yang tahu melahap je dan sangat pemalas piring kecik sekeping pun malas cuci..

Perlu ke nak terlalu open minded ?

Maaf if ada beberapa perkara kat dalam ni yg buat orang rasa tak selesa..sekadar meluahkan pendapat yang sudah lama merengkam di dalam hati .


Lately ni agak terjengkel dgn beberapa status wall di facebook, status yang ditaip oleh perempuan yang sudah berkahwin..

Kenapa rasa terjengkel?
sebab sama ada mengelenyar..tak tahu malu..or mmg sifatnya nak bagi orang lain baca status yg macam tu

Err status yg macamana tu yg buat ko rasa annoying tak hingat tu


p/s sebab aku pun rasa segan tapi dalam masa yg sama aku nak kasi contoh jenis2 status yg tak tau malu ni..aku resizekan saiz image ni..as usual nak baca klik untuk kasi gedebab

contoh :



dan beberapa status lg yg lansung takde berlapik..tapi malas nak senaraikan baca pun naik segan.


pesan aku :

- If tak nak jaga maruah sendiri at liz jaga la maruah suami..tapi kalau suami pun 2 x 5 jugak hmm ntah la

- tak semua orang open minded macam korang,walaupun status2 kat atas tu kunun mcm berlapik la tapi maksudnya orang terus tau.

- ala apa ko nak kisah dorang ni kan dah kawen baik ko tarbiyahkan status2 yg budak2 bujang yg belum kawen tu..jeles la tu..

hmm pada pendapatan aku orang dah kawen la lagi patut jaga maruah..bukan dgn cara menunjuk nunjuk mcm ni.sebab dalam list facebook tu ada macam2 orang ada yg masih bujang,ada lelaki gatal ada yg alim .so kalau lelaki gatal baca status mcm tu hubby takde kat rumah la...bla bla bla.. kesunyian lg malam ni....buatnya lelaki gatal tu tau kat mana rumah pompuan kesunyian tu tak ke bahaya..hmm pikir sendiri okay.

- Tak semua benda perlu diceritakan di facebook sampai perlu menjual malu n maruah diri...






Wednesday, January 26, 2011

43~Ikan Bakar Kuah Masala

Bahan bahan

ikan dikelar kelar
limau nipis
garam

hiris halus

beberapa helai Daun limau purut
4 helain daun pandan
serai
tomato potong dadu

blender

bawang merah
cili merah(cabai kering pun ok)
2 biji buah keras
kunyit hidup
halia

Cara-cara

ikan diperap dgn limau nipis dan garam dalam 20 minit gitu - bakar.


tumis bahan hiris dan bahan blender hingga naik bau dan pecah minyak

masukkan tomato - kacau

gaulkan ikan bakar dgn sambal masala yg telah dimasak (bahan tumisan (blender/hiris)
siap!!! (nak sumbat ikan dgn sambal masala tu pun boleh )




42~Masak Lemak Cili Api

si cabai entprame terlebih
Bahan bahan

Ikan kembung potong dua
santan
tomato belah 4
2 cili hijau
daun limau purut
5 biji cili api-tumbu
kunyit hidup-tumbuk
serai -dikatuk

Cara-cara

Campur bahan tumbuk dan serai bersama si ikan dalam periuk

campurkan santan sekali

daun limau purut dikoyakkan pun campakkan campur sekali

dah mendidihkan masukkan tomato

letak atas api

kacau selalu supaya gulai cantik dan santan tidak pecah

41~Terung goreng kunyit

Bahan bahan

TErung panjang belah dua
Serbuk kunyit
garam
bawang besar potong bulat bulat
bawang putih hiris
cili padi hiris

Cara-cara

Terung dikupas kulit - gaulkan dgn garam & kunyit

goreng terung hingga layu tapi jgn sampai over cook nanti lembik

dah digoreng ketepikan toskan dgn kertas tisu untuk serap minyak

TUmis bawang besar / bawang putih /cili padi

lastly -taburkan tumisan atas terung goreng tadi..

sila makan masa panas2 baru ngam :)

Tuesday, January 25, 2011

Sherson lian : Tema Buah buahan

sherson lian make up time

resipi masakan minggu ini (25/1/11)
-kerabu mangga
-Ayam/udang/sotong goreng dgn kelapa gading
-Nasi Ciku
-aiskrim cempedak
-Ais blended belimbing dan limau

KERABU MANGGA

limau kasturi.cili pdai/sos ikan -gaul kemudian simpan dalam peti sejuk
so on - direndam dgn air panas kemdian toskan
udang kering -goreng tanpak mintak
cincang halus - mangga/belimbing muda/cili muda-perah asam limau
campurkan so on dan udang kering
campurkan sos yg telah dibuat terlebih dahulu tadi
gaul kesemua bahan


AYAM/SOTONG/UDANG GORENG dgn KELAPA GADING

-ayam sotong udang perap dgn lada hitam dan garam- asingkan
-tepung gandum/soda berkarbonat/garam/gula/sebijik telur/campur dgn air kelapa gading -kacaukan
-masuk serbuk paprik/biji hitam
-isi kelapa gading di potong potong-masuk dalam adunan tepung
-goreng ayam sotong udang menggunakan adunan tepung tadi

NASI CIKU

-hiris ciku /halia -perah asam limau
-gaulkan dgn nasik..


AIS KRIM CEMPEDAK

-isi cempedak -blender -tak perlu terlalu hancur
-campur setengah cawan susu/limau kasturi/sedikit gula
-kacau semua dan simpan dalam peti sejuk

-krim dikacau hingga keras-campurkan isi cempedak tadi - simpan dalam peti ais selama 2 hrs

ICE BLENDED BELIMBING & LIMAU

belimbing/limau kasturi/ais/gula  - blenderkan ajer


conteng tapak tangan
sukatan resipi2 di atas bole la main agak je ikut banyak mana kita nak masak.As usual tak sempat nak nyalin sebijik sebijik sebab laju sangat shers ni masak ^..^

Monday, January 24, 2011

edisi memasak Rajin Vs Malas

Masak MEe Maggie
time rajin : siap bubuh bawang/sayuran/bawang goreng bagai dan juga telur
time malas : ermm magie cup je la..senang tuang air panas je tak pun buh dalam tuppeware siram dgn air panas..kenyang jugak perut..err tak pun boleh tak makan magie ni macam makan kepok mamie tu *tepuk dahi sat*

Masak Telur
Time rajin : wah siap buat mcm omelet lg mcm omputih dah mcm rupa pizza je ha lain kali boleh buat lg

Time Malas : Bang lauk malam ni ai goreng telur mata kerbau je la..sila tuang kicap then ada lada sulah tu buh la.Ni kira ok la ai nak masak ni kalau ikutkan malas dah..hmmm pemalasnya :P
Roti Telur
Time rajin yg amat amat : ermm buat sardine roll la bukan susah mana pun celup2 je jadi la

Time malas : roti tak payah bakar..telur kenduri ada lg boleh dihancurkan lepas tu campur mayonis n sos..siap dah makan malam..T__T



sumber gambar
blog2 masakan orang 
images binti google

Sunday, January 23, 2011

Perempuan dan Internet

Kegunaan Internet di jari perempuan :

Suka menyalin resipi...sangat mudah dgn adanya kemudahan internet.Tidak perlu lagi membeli buku2 masakan yg tebal..hanya searching kemudian print/salin .Kemudian masak le jangan nyalin je tapi tak masak


Suka berfacebook dan Berbelog.Aktiviti wajib ni.Di facebook boleh bersembang sembang dgn kawan.DI belog pula bertukar tukar pendapat.


Mencari kenalan baru di cyber.Antara saluran2 yg biasa digunakan : laman web sosial : Belog : Permainan Online : Forum :Ruang bersembang :

Menonton dan mendengar lagu artis feberet di youtube.


Mendownload cerita2 kegemaran..Mostly sekarang yg pemes ialah mendownload drama2 bersiri korea.
 

Mencari gossip dan berita terkini artis terkenal.Kunun tak mau ketinggalan la dalam bab2 hiburan ni kan.
 

Paling penting dapat membaca dan mengumpul artikel2 agama yg dapat dijadikan panduan hidup

Bershopping secara Online.!!!




40 ~ Ikan Bakar Berempah

Si Ikan ditemani daun2 kari

si Ikan dah di bakar - daun kari hangus silap teknik T_T tapi ikan alhamdulilah ok ^..^
Bahan bahan :

Ikan kembung yg telah dikelar kelar
serbuk cili / cili blender
tepung jagung
garam
serbuk kunyit (lagi sedap guna kunyit hidup)
daun kari ikut suka hang le nak banyak mana

bahan tumbuk

6 ulas bawang putih
halia sedikit
serai 3 batang

Cara-Cara :

Lumur ikan dengan bahan2 diatas...

perap lebih dari sejam..lg lama lg la baguih

kemudian bakar ...(bakar guna kuali tebal mak je ni)

perfecto dimakan dgn air asam kerisik dalam gambar ada menyelit sikit air asam tu

Saturday, January 22, 2011

39~Ikan Kukus Serai

Yehaaa suksess dgn begitu jayanya rasa mcm kat kedai siam

si Ikan bersama bahan-bahan (be4 dikukus)

si Ikan dah selamat dikukus
Bahan bahan

Hirisan

1 biji Bawang besar
halia sedikit
Tomato
Lobak merah
Cili

bahan bahan lain

tepung jagung (untuk kasi kuah likat)
garam n gula -perasa
sos ikan
air sebagai kuah
serai diketuk buat dalam 4 batang mcm tu

Cara cara

sementara nak siap bahan2 yg pelu dihiris tu , silalah sediakan air kukusan hingga mendidih

gaulkan ikan dengan tepung jagung /garam/gula/sos ikan

taburkan bahan2 hirisan

kukus hingga masak ( dalam 20 minit mcm tu)

conteng tapak tangan :
-nak tambah2 asam boi pun boleh..nanti jadi lah ikan kukus asam boi
-alhamdulilah ikan tidak lg pecah2..sangat beda rupa ikan kukus yg ni dgn ikan kukus touchu (yg masak sebelum ni ..learn from d mistake (T__T)

38~Ikan 3 rasa percubaan kedua

cuba dengan opsyen yg lain pulak percubaan sebelum ni sangat masin dah sangat tidak lawa..yg kali kedua ni pun tak le lawa sangat rupanya tapi dari segi rasa alhamdulilah ok jer.. ^..^

Bahan bahan

Ikan yg telah digoreng (ai guna ikan kembung besar)
bahan cincang :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sikit
cili merah potong serong

Bahan Hiris

bunga kantan
2 helai daun limau purut (lebih pun ok jer)
4-5 biji cili padi

Bahan sos

Cili kisar (bole diganti dgn cili serbuk)
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu gula pasir (tapi tak letak pun)
1 sudu kicap manis

Cara-cara

tumis bahan cincang hingga wangi

masukkan bahan sos

sesudah mendidih masukkan bahan hirisan + air (jika mahu kuah lebey)

masak hingga kuah pekat -kemudian boleh la tuang ke ikan yg telah digoreng tadi


Thursday, January 20, 2011

kenali ikan yang pemes dalam masakan

Aku tak berapa nak kenal ikan..kalau sedang menengok resipi tu kena guna ikan si polan  mmg boleh hilang mood memasak
So marilah mari kita belajar,kenali dan tgk gambar ikan satu persatu .Mostly Ikan yg selalu digunakan dalam masakan melayu khasnya

Ikan cencaru
biasanya orang buat masak cencaru sumbat belah belakang.beside dat sangat ummph untuk dibuat ikan bakar

Ikan Pari
pemes dalam masakan asam pedas/tempoyak

Ikan siakap
sesuai dimasak : kukus/asam pedas/3 rasa/percik

Ikan Merapu Kerapu
dalam masakan : bercili/sweet sour/steam/3 rasa

Ikan Tenggiri
dalam masakan :berlada/masak asam/masak kicap
Ikan Terubuk
masakan : bakar/goreng/kukus/asam pedas

Ikan Kembung
Huish macam2 boleh masak ...mostly ikan paling pemes sebab senang kenal (untuk orang yg baru belajar masak mcm aku ni ,ni la ikan yg selalu menjadi pilihan di hati

sumber pix
images bin google

Anak , Isteri depan mata tapi....

mata tengok pompuan lain , pernah alami situasi ni tak..?


Sangat rasa terjengkel anak dah berderet deret lepas tu tgk pompuan lain mcm nak telan

benda ni berlaku pagi tadi masa membeli bekpest ekceli banyak kali dah..bila pakcik ni dok tengok tengok aku..aku tengok dia balik,lepas tu  mata dia berkalih ke anak makcik kedai tu  yg sedang menyenduk nasi lemak
eee siap telan air liur lagi 
gila!!!
 

buat aku tambah terjengkel bila anak anak dia yg masih kecik mengerunyut gerunyut main kat sekeliling kedai usik orang sana usik orang ni

bini dia pulak bukan nak marah laki dia kita pulak yg dijelingnya...

*tepuk dahi *

Wednesday, January 19, 2011

37~Daging Masak Kunyit with sayur campur

Bahan-bahan
daging yg telah di potong -perap dgn kunyit dan garam
tumbuk : bawang merah/bawang putih/halia
sayur :brokoli /kobis putih (sayur lain pun boleh ikut suka mengkome)
garam/lada sulah

Cara-cara
goreng daging terlebih dahulu
ketepikan tumis bahan tumis dan sayur sayuran..
campurkan daging goreng tadi
taburkan serbuk kari sedikit bersama serbuk kunyit
letak sedikit garam n lada sulah
siap !!!

sayur tu elok la separuh masak..lebih rangup v(^..^)

36~ Kerabu telur

Bahan - bahan

cincang : tomato / bawang besar / kobis putih
belacan dibakar sedikit
perahan air asam limau
sebijik telur
sedikit ikan bilis

Cara cara

goreng telur seperti telur dadar-potong kecik
ikan bilis juga digoreng
gaulkan semua bahan cincang/belacan bakar /ikan gilis goreng dan telur dalam satu bekas
perahkan air asam limau
siap (-..^)v

35~ Daging Masak Kicap With carrot

Bahan- bahan

daging yg diperap (kunyit serbuk+lada hitam+air asam jawa) =perap dalam 20-30 minit mcm tu
-kicap manis n kicap pekat
-sedikit air
-bahan tumbuk : bawang merah/bawang putih/halia/lada hitam
-bawang besar : potong bulat bulat
-cili merah : potong serong serong
-Carrot merah : potong memanjang ( jangan tiru aksi potongan saya itu..sungguh tak cantik)
-sedikit garam

Cara-cara
-goreng daging perap itu tanpa minyak..agak2 mcm dah berubah warna masukkan minyak goreng seperti biasa

-ketepikan daging-tumis bahan2 tumbuk-tumis hingga kekuningan

-masukkan kicap dan air dah campakkan asam keping

-agak2 dah mengelegak masukkan daging-wait hingga empuk barulah masukkan carrot/bawang dan cili merah

-perasakan dgn sedikit garam

kan dah siap tu (^..^)v

Tuesday, January 18, 2011

sherson lian minggu ini bertemakan Pisang

 cuci mata dulu...*_*
Loading .........
(oh btw korang tgk tak mhi pagi2 buta tadi..^_^)

orite tema masakan episod 5 rencah 5 rasa minggu ni ialah pisang

memula sherson lian yg hensem pegi membeli beli 4 jenis pisang iaitu Pisang : Abu : Lemak Manis : Tanduk: Emas :

sesudah membeli sherson lian pun bg tips cara nak bezakan pisang abu vs pisang lemak manis

pisang abu berbucu manakala pisang lemak manis pendek

masakan minggu ini :

Sambal belacan pisang
ayam sumbat pisang daging +ubi kentang manis
apam balik pisang
susu soya pisang shake

yg aku sempat nyalin :
sambal belacan pisang
Pisang
pisang dibasuh/potong serong
letak daun pisang dalam periuk
kelapa parut + garam
kukus pisang bersama kelapa parut
***
sambal belacan :
toamato/cabai/bawang merah/tumis/belacan sedikit
lepas tu kasi blender-tak perlu halus sangat
***
hidang pisang kukus tadi bersama sambal belacan

Ayam SUmbat Pisang dan Daging+ubi manis

-rebus ubi keledek
-belah kepingan isi ayam jangan putus
-leperkan ayam guna penukul
-goreng kepingan daging guna mintak olive
-tabur garam/lada atas kepingan isi ayam
-letak pisang lemak manis (dipotong)
-salutkan ayam dalam tepung gandum/telur/tepung rangup
-goreng ayam guna minyam + butter

okey terus terang aku agak blur dgn masakan ni sebab laju sangat si hensem ni masak( aku kompius masa bile dia guna ubi yg direbus. tu terlepas pandang..so pada sesapa yg ada salin tu kot aku ada tersilap step tolong bgtau k ^_^

Apam balek Pisang
sorry geng tak sempat salin
ngaga punya pasal
T__T

Susu soya Pisang shake

kasi blender - pisang/susu soya/perisa vanila/minuman gandum

***
lain2 info yg sherson lian bg tadi
-kalau tekanan makan lah pisang katanya kerana kalau makan pisang bole bg tenang dan rasa gembira (r sila pelat) :P

-kegunaan kulit pisang-sapu pada gigitan nyamuk nescaya akan hilang gatal2 tu

p/s susah betul la nak nyalin laju2..takde ke website apa2 yg boleh dirujuk

Monday, January 17, 2011

novel pilot cafe lesap + malaun yg minjam = super really annoying


: Status di pesbuk beberapa saat yang lalu :

* Kisahnya selepas aku mengemas beberapa biji novel yg ada kat mini libary tu terperasan novel pilot cafe dah takde..yang ada cuma kesinambungan nyer  saja secangkir kopi panas di pilot cafe :

* Malas nak tuduh tapi nak sebut jugak la malaun tu kalau baca sila la pos  novel aku tu wei
.
*Dengar2  akan dipilemkan.. so kalau jadi pilem mmg  nanti akan berebut rebut le orang cari novel tu mcm novel lagenda budak setan..(nasib baik tak kena kebas)..
Gambar lama : sebahagian jer..

*Kalau novel tu tak jadi pilem pun memang aku sayang sangat la sebab dah reta aku.

*Selain novel tu..novel katerina pun selamat dirembat (juga akan dijadikan pilem)

*Korang takde koje lain selain nak merembat  novel orang..seronok ?! susah sangat ke keluarkan duit dari wallet tu lepas tu beli sendiri.

*Aiihh jenuh le lepas ni nak main sorok2 novel pulak lepas tu susun balik..tak bermanfaat le mini libary tu..

*Beside dat dah le rembat diam2 mmg takde mintak kebenaran..sungguh DEMMIT ok..

p/s - meminjam novel orang lain itu "seronok" sangat ..tapi tau tak perasaan tuan punya novel tersebut..so kalau jadi situasi mcm ni :

malaun si rembat novel : eh nak minjam la novel ni lama dah i cari taw..
tuan punya novel yg cun : T__T

kalau nampak tuan punya novel tu muka kelat paham je bahasa buat muka tu..sila letak balik..jangan pulak  buat bodo ambik diam2 tu namanya mencuri

Dem~!

jom kenali rempah ratus

Mari kita mulakan dengan bahan bahan dalam masakan nasi beriani.

Kenapa nasi beriani pulak? sebab dalam masakan nasi beriani ni pelbagai rempah ratus digunakan.

Kita tengok gambar dulu insyaALLAH next entry akan diexplainkan mengenai kegunaan rempah2 tersebut.

So marilah mari kita check it out one by one one..^_^

bunga cengkih (clove)

Buah Pelaga (Cadamom)

Biji Lada Hitam ( pepper corn)

keping kulit kayu manis ( Cinnomom Stick).
buah Pelaga Hijau ( Green Cadomom).
daun beriani (Bay leaf).

Jintan Manis ( Fennel Seed)

Jintan Putih. (cummin Seed)
 

Serbuk Rempah (Corriander Powder)


Serbuk Jintan Putih ( Cummin Powder)

sumber pix :
http://www.indiamart.com/
http://www.chef-secrets.com/
http://bombaybazar.ie
http://balannambiar.wordpress.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Notes from Nurul Baiti. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver