Thursday, May 5, 2011

Ucapan Terima Kasih Untuk Kawan Kawan Saya



Terima Kasih sebab memaafkan saya.

Terima Kasih sebab sabar melayan kerenah saya.

Terima Kasih sebab tak maki & kondem saya walaupun kadang tu saya agak annoying.

Terima Kasih sebab bagi saya semangat di saat saat saya memerlukan.

Terima Kasih sebab menganggap saya sebagai kawan rapat.

Terima Kasih sebab nasihat saya macam macam.

Terima Kasih sebab ambil berat.

Terima Kasih sebab rajin sembang-sembang dgn saya pasal rancangan tv & Isu semasa.

Terima Kasih sebab bagi saya Ilmu .

Terima Kasih sebab ajar saya pasal bola.

Terima Kasih sebab puji saya pandai masak.

Terima Kasih sebab tolong surveykan oven.

Terima Kasih sebab puji saya comel.

Terima Kasih sebab meluangkan masa bergusip gusip (gurl kan always like dat).

Terima Kasih yang tak terhingga pada rakan rakan (kawan perempuan / lelaki / kakak / abang / rakan sebaya / rakan sekolah / rakan amnet / rakan fb)  saya ini.
Luv U all.
Hanya ALLAH yg dapat membalas jasa kalian.Alhamdulilah syukur dapat kenal dgn korang semua.

Sunday, May 1, 2011

Best ke approve orang yg kita tak kenal kat fb ni


Rasa pelik sgt bila ada sesetengah orang yg senang sgt mem approved fren request kat fb tu.My point is kalau nak approve pun benda pertama yg kena check GAMBAR,setakat letak gambar burung,gambar dari google takyah le,If ada gambar betul pun ada sekeping pun susah nak percaya,If berkeping keping tu baru ok,

Ok find le takde gambar kot2 dia pemalu.takpe next tengok pulak aktivit wall dia,If ada bersembang-sembang dgn kawan ofis ke or kawan skolah ke,hmm memang wujud le orang tu,tapi ni aktiviti kat wall asyik2 add orang je,Lepas tu sendiri tulis status sendiri like?wat de..,lepas tu sebok la nak komen2 wall orang tu,memang diragui ler .

So sangat  pelik  bila ada orang yg dah le tak kenal orang yg di add tu,boleh lak senang-senang cerita-cerita masalah,sedap kondem-kondem orang lain ngn orang tu,Yang mem approved tu pun macam desperado nak cari kawan je ;p,

Come on get a life la,mana dia kawan-kawan real fren tu,ur family adik beradik, sepupu sepapat,makcik pakcik takde fb ke,kawan-kawan skolah kawan-kawan uni kawan-kawan kerja where are they...ni main add je orang,lepas tu add sekali kawan kawan dat polan,ish pelik la minah tu,oppss minah ke hehe.Atau tu akaun kedua untuk buat benda- benda yg annoying .Opps sorry asyik berspeku je malam ni heh

Sukar Sekali Untuk Memaafkannya Orang Itu



Kenapa sukar sekali untuk memaafkan kesalahan orang lain.Kenapa jadi macam tu,bukannya nak annoying sgt  perangai ni tapi kalau dah perangai si polan tu sukar dimaafkan macamana nak maafkan,

Setakat minta maaf kat sms after maki2 ai sesuka hati,senang hati je si polan tu nak minta maaf?dasar lelaki yg  loser,Boleh ke maafkan dia selepas si polan tu bg kawan2 dia baca my message?lepas tu pandai pulak nak cerita  pasal kejujuran?blah ler...

Dah meroyan mcm apa je selepas tau dia diremove n diblocked from my list..Nasib baik ai blocked dia ,mana tau kot2 dia lepas2 geram kat status dia pulakkan,berdasarkan sms2 dia yg last hari tu mmg macam orang meroyan kesian tengok,My speku is if dia ada tulis something about dat,for sure dia akan bgtau dia la yg paling baiknya,and for sure ada la minah2 yg duk komen2 yg tak tau cerita apa duk kondem2 ai sekali.If ada la mcm tu ai nak say thanks tu dat polan n manusia2 yg komen2 tu sebab bagi ai pahala free.Thank you so Much .And if takde mcm tu sorry sebab ai pandai2 berspeku..

And to dat polan yg sangat berbangga dgn 30 or bff dia tu,hello man bukak buku tengok apa maksud bff tu,jangan igt u masukkan si minah tu si minah ni dalam application bff kat fb tu terus boleh jadi BFF,kesiannya kat you.Paris Hilton pun buat realiti show untuk cari bff dia yg baru ..heh

Ada kawan ai nasihatkan ai sedangkan nabi pun ampunkan umat..yer betul sapa le ai ni tak mahapkan orang,tapi if kena dgn caranya InsyaALLAH ai akan fikir baik2 untuk maafkan dat polan,But for now sorry setiap kali ai terfikir nak maafkan dia,ai akan igt balik sms2 yg dia maki2 ai n betapa tak jujurnya dia bg kawan2 dia baca message ai tu..InsyaALLAH ai doa2 juga lembut2kan hati ai ni agar tak benci sgt dgn dat polan.Dan ini akan jadi pengajaran for me untuk next time,hati2 pilih kawan dari alam maya ni (tu pun kenal dari kawan kalau tak jangan harap nak approve :p)

*conteng tapak tangan*
sorry if my bahasa sangat tidak berapa nak sopan.
baru sekarang dapat conteng2 n lepas geram kat sini (^_-)  


Thursday, March 10, 2011

53~Kerabu Daging

Bahan Bahan

Daging
sos ikan
perahan air asal limau
serbuk cili

Bahan hirisan :

bawang besar
tomato
cabai burung
kacang panjang
daun limau purut

Cara -cara

daging dibakar

gaulkan bahan hirisan dalam satu bekas

campurkan daging bakar

gaulkan bersama sos ikan dan perahan air asam limau (tak perlu garam sebab sos ikan dan masin)

taburkan sedikit serbuk cili

gaulkan semua bahan2 tadi

siap~!!

Tuesday, March 8, 2011

Lepas geram edisi JANGAN


Lately ni banyak situasi yg buat aku rasa annoying sangat2.Yg dok bercerita,yg berlaku depan mata  yg berlaku belakang mata.Macam macam hal..dada rasa dah berat untuk menyimpan2 benda2 sengal dan remeh mcm tu.Nak sebut  pada tiap2 orang tak mampu rasanya so..terpaksa menggunakan belog sebagai medium melepaskan geram.Sabor je la


JANGAN menipu parents.

JANGAN menipu kawan kawan.

JANGAN ugut n naya anak yatim.

JANGAN bagi orang fitnah,dah tau orang2 forum mcm tu guna la medium lain untuk berkomunikasi.

JANGAN merungut.

JANGAN bagi alasan yg mengarut ngarut padahal dah memang set pemalas.

JANGAN pandai berjanji kalau tak reti2 nak menunaikannya.

JANGAN perasan lawa.padahal lansung tak

JANGAN berskandal~!!! (pliz la mmg aku anti bab2 skandal2 ni insap2 la) 

JANGAN sebok2 hal kawen aku padahal engkau kawen pun tak tentu hala.

JANGAN buat lawak bodoh..setakat lawak bulu idung terkeluar tu mmg tahap stupid nonsense~!!!

Friday, March 4, 2011

Terasa Hati La Pulak...

Bukan sengaja nak terasa hati tapi.. kenapa wish birthday orang lambat sgt :(

Dah tu dia jarang on9 (walaupun bole sms) lambat pulak reply orang chat.
Jenuh orang tunggu lengit sangat~!..rupanya tgh bz menenangkan kawan yg ada problem.

Kenapa la tak bgtau awal2..yg orang pun kenapa la duk menunggu dia reply walhal ada jugak chat ngn orang lain..lepas tu terus off macam tu je..lg sekali nak terasa hati *gedik eh*.Orang pun dan2 le nak off9  masuk bilik dalam keadaan yg merenkam..

Masa nak pejam mata ketat2 tit tit sms bunyi.Dia yg sms lega sgt :P say sorry (^^,)

Tetiba tadi masa petang rasa bersalah sebab buat mcm tu .Hmm nak buat macamana dah jenis mengada cepat  terasa.Lepas ni nak try ubah sikit perangai mengada cepat terasa ni.(InsyaALLAH)

**
conteng tapak tangan
umur hang dah 27 tahun kan awatnyer hang gedik sgt perangai macam 17 tahun nih (T_T)
baiklah ubah perangai sila  (T_T)

Tuesday, March 1, 2011

52~Gulai Daging with Kentang

Bahan bahan

Daging yg telah direbuns
kentang
santan
serai
sedikit halia
asam keping
sedikit kerisik

bahan tumbuk

kunyit hidup
cabai kering
bawang kecik 3 ulas

Cara cara 

bahan tumbuk dicampurkan kedalam periuk bersama sama dgn santan dan serai


masukkan kerisik dan potongan kentang

tunggu hingga mengelegak

masukkan daging yg telah direbuskan

masukkan asam keping

wait hingga kentang dan daging empuks~!

Thursday, February 24, 2011

Rasa Terjengkel yg amat

Terjengkel dgn situasi :

situasi 1



2 orang bergaduh (si A & B )lepas secara tiba2 datang la penyokong pihak A dan pihak B

Sesi perli memperli bermula.Kawan2 A gelakkan kawan2 B.Kawan B ejek pihak A.sangat kebudak budakan.

Dan datang satu lagi pihak meng api api kan lagi situasi tersebut padahell takde kena mengena lansung.duk diam2 sudah la ok.Jaga anak tu elok2 sudah.Nanti esok lusa anak engkau ikut perangai macam A n B gaduh2 depan orang.

Situasi 2

Skandal ~!!

Sangat menyampah ~ Si bujang dgn suami or wife orang.

Sah2 la salah nya..tapi CINTA punya pasal dah tak tau malu boleh je jaja2 cerita2 kat orang pasal ni

Bila ada orang yg lagi tua menasihat katanya orang tu sibuk

Lantakkan ajer..esok lusa suami/wife dia pulak berskandal..

Paling annoying dah sah2 tu orang punya apa haknya engkau nak menjeles pulak.

***
kaitannya dgn aku..benda ni berlaku depan2 muka aku sangat tidak suka

Sekian sesi luahan hati~!!


Thursday, February 17, 2011

Milo Dinasour

tengah mengodek2 pesbuk tadi tetiba resipi minuman milo dinasour terbuntang terpampang kat depan mata.terus terliur n dan2 rasa nak buat..
terus klik link itu baca laju2 dan terus lah membuatnya
hasilnya............
tolong la terliur :P
sambil menyiapkan resipi diatas sambil berchat ngn encik tu.duk sibuk menanya ada ke milo macam tu .
ekekeekek.dan as usual terus dipublishkan ke dalam fb via SE ekeke..*via SE pun dok kecoh2* T_T



ohh btw ni resipinya selamat mentry

Bahan-bahan ( 1 mug @ gelas )

  • 6 sudu Milo
  • 1/2 sudu susu pekat
  • 340ml air sejuk
  • 1 cawan ais batu hancur
  • 3 sudu Milo ekstra

Cara-cara

  1. campurkan milo dgn susu pekat dlm gelas yg sesuai
  2. masukkan air sejuk dan kacau betul2 sebati
  3. masukkan ais batu hancur dan kacau lagi bagi sebati
  4. tambah 3 sudu Milo ekstra mcm dlm gambar... nk lebih pn boleh.

Tuesday, February 15, 2011

Perempuan mudah terasa bila....


bergurau tak kena "timing"

bersembang dgn lelaki kawan yang suka lepas cakap.

dapat soalan pemes yg berbentuk peribadi such as "bila nak kawen" or "eh ko dah kawenkan" dan "anak dah berapa" T_T *sensitip tau dak*

secara tiba2 mesraaaaaaaa la sangat lepas tu tetiba menjadi bisu.lepas tu bila nak sembang balik claim kita ni sombong .

tidak menepati janji.dah elok2 janji nak outing tetiba rasa segan la ada problem la ke saje nak bagi gegirl malu kan? baik tak payah ajak keluarkan?sangat terasa okey..!!
boboy : jom keluar  gegirl :oh yeah  boboy:tak jadi la gegirl : T_T


secara tiba2 (again) tak kenal rapat mana pun nak tegur2 itu ini.lepas tu nak naik angin suka ati nak tenking marah2 orang.


Saturday, February 12, 2011

51~Ikan Bakar Bercabai

After
Before (maap comot2 pulak T_T )





Bahan bahan

Ikan selar kuning dikelar kelar
cabai kering - diblender ( boleh juga guna serbuk cili dibancuh dgn sedikit air )
3 biji limau purut
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

lumurkan bahan2 diatas pada ikandari
perap lebih dari sejam
then bakor le apa ke lagi

Thursday, February 10, 2011

50 ~ Ikan Masam manis



Bahan-bahan


  • 2 ekor ikan saiz kecik(ikan yg sesuai digunakan ikan bawal tapi masa masak ni guna ikan selar kuning main memandai mandai je)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 bj lada merah
  • 1" halia
  • 1 btg carrot
  • 1 bj bawang besar
  • 5 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • garam dan gula
  • serbuk kunyit
  • 5 sb tepung jagung
  • 2 sb minyak masak 
  • sebijik buah tomato

Cara-cara

  1. Sediakan kuali besar,masukkan 5 cawan minyak masak. Panaskan kuali hingga minyak betul2 panas. Sementara itu sediakan ikan.
  2. Ikan dikelar, dilumur garam & serbuk kunyit. Lumurkan pula dengan tepung jagung hingga menutupi semua ikan. Goreng ikan dgn api besar hingga ikan agak garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Carrot dipotong memanjang, bwg besar dipotong bulat & tebal, halia dipotong memanjang.tomato potong bulat bulat.
  4. Kisar lumat bwg putih,bwg merah & lada merah. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bhn kisar dan halia selama 5minit.
  5. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau sebentar dan masukkan air. Biar mendidih.
  6. Bila mendidih masukkan gula & garam. Masuk pula carrot,bawang besar dan tomato buah. Biarkan selama 5minit.
  7. Rasa masam manisnya, bila dah ok padam api dan curahkan sos atas ikan yg dah digoreng tadi.

49~Ikan Masak Touchu


Bahan-bahan

ikan digoreng terlebih dahulu (cencaru/ikan kembung besar or apa2 ikan yg sesuai)


bahan2 lain :

hiris
bawang putih
bawang kecik
halia
air asam jawa
air masak

Sayuran
timun dibelah kemudia dipotong
bawang besar hiris bulat2
cabai hijau dibelah tak putus

perencah touchu


Cara - cara :
tumis bahan2 hirisan hingga naik bau

masukkan perencah touchu

tuang sikit air

kacau hingga mengelegak

masukkan air asam jawa/ikan /dan bahan sayuran

tambah air jika kurang kuah

siap~!!

Monday, February 7, 2011

48~Rendang Ayam

Bahan-bahan:

1.5kg ayam
Minyak masak
2 sudu makan kerisik
1 kg santan pekat
2 cawan air
2 helai daun kunyit (dimayang halus) /ni takde so ganti dgn daun limo purut
Garam kasar
Serai-rincit halus2

Bahan Dikisar:

Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit Hidup
Serai

Cara ~Cara :

Bahan kisar diblender bersama santan - tumiskan

Bila dah mendidih masukkan ayam /serai

Bila separuh masak, masukkan kerisik dan garam/ secukup rasa. Biar kuah menjadi agak pekat.

Akhir sekali, masukkan daun kunyitor daun limau purut

47~Solok Lada

Percubaan pertama agak sepah2
Bahan-bahan

5-8 biji cili hijau
3-4 ekor ikan kembung- rebus ambil isinya
1/2 cawan kelapa parut putih

3-4 biji bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara


-Cili hijau dibelah tengah dan rendam dalam air.


-Tumbuk lada hitam,isi ikan dan bawang merah bersama kelapa parut putih. Tapi jangan terlalu lumat.


-Perasakan dengan garam dan gula.


-Ambil cili yang telah di belah tadi dan sumbatkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam cili. Buat hingga habis.


-Susunkan cili yang telah disumbat tadi ke dalam periuk dan tuangkan santan. Rebus hingga cili agak layu.


-Angkat dan bolehlah dihidangkan


***
conteng tapak tangan
-isi ikan tu kalau lagi lebih lagi umphh ^..^

Saturday, February 5, 2011

Ala asalkan kawen


Sangat-sangat boring bila TERrr jumpa dengan member2 yg dah kawen tanya soalan paling pemes
Bila ko nak kawen?

Orang yg bertanya tu sungguh kurang sopan.Kurang sopan sebab tanya soalan sensitip.Tau ke idak ada sebab la kenapa orang yg ditanya tu belum berkawen lg.

Lagi bertambah sengal bila mula bukak cerita :


*yeay aku berjaya kawen before umurku 25 tahun
*aku tak kisah laki aku keje apa asalkan aku kawen
*nasib baik aku dah kawen geng2 univ aku dulu semua dah kawen. disambung dgn soalan ko bila lagi?

So tak keterlaluan la kalau nak cakap sesetengah orang tu berpendapat kawen sebab takut orang or kawan2 sekeliling  mengata..pada mereka alah biarlah asalkan kawen..

Sedangkan bila dah mula berkawen itulah permulaan cerita..Macam-macam cabaran yg perlu ditempuh.susah dan senang bla bla and all that.

So jangan la nak seronok sangat sebab dapat kawen awal/muda..Mula2 time bahagia dok pukul canang2 kat fb or blog..luv my hubby muahh..lepas tu time gaduh bodoh kat satu dunia pun nak cerita jugak  hati seorang isteri tidak tertahan dgn perangai buruk suami bla bla and bla bla..

Ekeke mana dia "kebahagiaan" asalkan kawen ko tu..apa ko rasa OREN?




formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/nurulbaiti

Tuesday, February 1, 2011

Sherson lian : Tema Masakan Cina

shers yg hot

4 resipi minggu ini
Yam ring
Itik Panggang
Bebola Tepung Pulut
Chinese Tea

1 Yam ring

Keladi dipotong dadu stimkan sampai lembut

Sayur - Cabai Merah/jagung/kacang pis (ada satu lg sayur terlupa namanya) -semua potong bulat2

Keladi tadi dilenyekkan bersama telur (masa tgh panas2) campurkan dengan tepung ubi 1/2 cawan/garam 1

sudu kecil/baking powder/minyak masak - kacau kan

Bentukkan seperti cincing besar (acuan seperti pinggan sederhana besar) -masukkan kedalam minyak yg telah dipanaskan

gorengkan bihun /kacang gajus (api jgn terlalu kuat )

tumis bahan2 sayuran tadi

sayur tumisan dan kacang gajus goreng dimasukkan ke dalam cincin-letak kan ke atas bihun -

2-Itik Panggang

Perap itik dengan garam dan lada putih

Panaskan oven 200 c masak dalam 14 minute

Bahan perapan -
-jus nenas/daun bawang/halia

-daun bawang dan halia hiris halus2 masukkan ke dalam jus nenas -masukkan juga sos (tak sempat nak salin sos apa tapi nampak tadi warna hitam

-sapu pada itik

-itik di balut dgn aluminum foil -suhu 180 c - masak sejam

-keladi dicincang halus..gorengkan (shers goreng tadi terbentuk mcm sarang burung)

-letak itik pannggang atas keladi goreng tadi


3 Bebola tepung Pulut

-Halia direbus

gula melaka campurkan sekali dalam air halia rebus tadi

tepung pulut 300 gm bahagi 2

1 bahagian campur dgn air di uli uli - bubuh pewarna warna merah

1 bahagian warna putih

bulat bulatkan

masukkan ke dalam air panas

sejukkan dgn air sejuk

kemudian rebus ke dalam air gula melaka dan halia tadi

4 chinese tea

campurkan teh sentimun dan teh puer

hidangan pertama basuh cawan2 kecik :P

hidangan kedua baru boleh minum

                    



Saturday, January 29, 2011

46~Ikan Percik Kelantan





Bahan-bahan

ikan salut dgn kunyit n garam
santan agak2 sendiri dgn berapa ekor ikan yg digunakan
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai -diricih
sedikit halia
sekeping asam keping
gula

Cara-cara

ikan dibakar dulu

Halia/serai/bawang merah/bawang putih -tumbuk or blender

Panaskan santan -Masukkan bahan tumbuk/blender tadi/garam/asam keping

kacau hingga naik minyak dan pekat

masukkan sedikit garam/gula

curah kuah percik kelantan ye berwarna putih atas ikan bakar tadi

45~Ikan Percik Simple

Bahan bahan

sekor ikan-salutkan dgn garam dan kunyit
serai dikatuk
santan
asam keping
gula/garam

bahan blender or tumbuk

cabai kering
3 ulas bawang kecik
2 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup

Cara-cara

ikan bakar terlebih dahulu

satukan bahan2 blender bersama santan

bubuh sekali serai/asam keping /garam/gula

kacau2 kan kuah percik hingga masak

tuangkan kuah percik atas ikan bakar

44~Cendawan Black Pepper with Kentang Goreng


Bahan-bahan

hiris - bawang merah n bawang putih (2-3 ulas)
lada hitam -ditumbuk
cendawan.
kentang-potong ikut suka hang
sedikit garam/kunuit serbuk

Cara-cara

goreng kentang dgn kunyit dan garam -ketepikan

tumis bawang bawang- bawang hingga wangi- kemudian masukkan cendwan-tumis separuh masak

campurkan kentang goreng tadi-bubuh le lada hitam yg ditumbuk

siap -buh air jika mahu kuah

conteng tapak tangan
sesuai dimasak ketika fish cake dan fish ball kehabisan stock maka kentang goreng lah penggantinya
^..^


Thursday, January 27, 2011

Lelaki Idaman Wanita

sumber dari halaqah.net

Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

***
Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

***
Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

***
Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
***
Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
***
Lelaki yang punya pendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

***
Lelaki yang kemas dan bersih.
Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

***
Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

***
Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

***
Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

***
Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
***
Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
***
Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
***

Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

***

Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
***

Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.
***

Tambahan sendiri :

lelaki yg tahu masak
bukan yang tahu melahap je dan sangat pemalas piring kecik sekeping pun malas cuci..

Perlu ke nak terlalu open minded ?

Maaf if ada beberapa perkara kat dalam ni yg buat orang rasa tak selesa..sekadar meluahkan pendapat yang sudah lama merengkam di dalam hati .


Lately ni agak terjengkel dgn beberapa status wall di facebook, status yang ditaip oleh perempuan yang sudah berkahwin..

Kenapa rasa terjengkel?
sebab sama ada mengelenyar..tak tahu malu..or mmg sifatnya nak bagi orang lain baca status yg macam tu

Err status yg macamana tu yg buat ko rasa annoying tak hingat tu


p/s sebab aku pun rasa segan tapi dalam masa yg sama aku nak kasi contoh jenis2 status yg tak tau malu ni..aku resizekan saiz image ni..as usual nak baca klik untuk kasi gedebab

contoh :



dan beberapa status lg yg lansung takde berlapik..tapi malas nak senaraikan baca pun naik segan.


pesan aku :

- If tak nak jaga maruah sendiri at liz jaga la maruah suami..tapi kalau suami pun 2 x 5 jugak hmm ntah la

- tak semua orang open minded macam korang,walaupun status2 kat atas tu kunun mcm berlapik la tapi maksudnya orang terus tau.

- ala apa ko nak kisah dorang ni kan dah kawen baik ko tarbiyahkan status2 yg budak2 bujang yg belum kawen tu..jeles la tu..

hmm pada pendapatan aku orang dah kawen la lagi patut jaga maruah..bukan dgn cara menunjuk nunjuk mcm ni.sebab dalam list facebook tu ada macam2 orang ada yg masih bujang,ada lelaki gatal ada yg alim .so kalau lelaki gatal baca status mcm tu hubby takde kat rumah la...bla bla bla.. kesunyian lg malam ni....buatnya lelaki gatal tu tau kat mana rumah pompuan kesunyian tu tak ke bahaya..hmm pikir sendiri okay.

- Tak semua benda perlu diceritakan di facebook sampai perlu menjual malu n maruah diri...






Wednesday, January 26, 2011

43~Ikan Bakar Kuah Masala

Bahan bahan

ikan dikelar kelar
limau nipis
garam

hiris halus

beberapa helai Daun limau purut
4 helain daun pandan
serai
tomato potong dadu

blender

bawang merah
cili merah(cabai kering pun ok)
2 biji buah keras
kunyit hidup
halia

Cara-cara

ikan diperap dgn limau nipis dan garam dalam 20 minit gitu - bakar.


tumis bahan hiris dan bahan blender hingga naik bau dan pecah minyak

masukkan tomato - kacau

gaulkan ikan bakar dgn sambal masala yg telah dimasak (bahan tumisan (blender/hiris)
siap!!! (nak sumbat ikan dgn sambal masala tu pun boleh )




42~Masak Lemak Cili Api

si cabai entprame terlebih
Bahan bahan

Ikan kembung potong dua
santan
tomato belah 4
2 cili hijau
daun limau purut
5 biji cili api-tumbu
kunyit hidup-tumbuk
serai -dikatuk

Cara-cara

Campur bahan tumbuk dan serai bersama si ikan dalam periuk

campurkan santan sekali

daun limau purut dikoyakkan pun campakkan campur sekali

dah mendidihkan masukkan tomato

letak atas api

kacau selalu supaya gulai cantik dan santan tidak pecah

41~Terung goreng kunyit

Bahan bahan

TErung panjang belah dua
Serbuk kunyit
garam
bawang besar potong bulat bulat
bawang putih hiris
cili padi hiris

Cara-cara

Terung dikupas kulit - gaulkan dgn garam & kunyit

goreng terung hingga layu tapi jgn sampai over cook nanti lembik

dah digoreng ketepikan toskan dgn kertas tisu untuk serap minyak

TUmis bawang besar / bawang putih /cili padi

lastly -taburkan tumisan atas terung goreng tadi..

sila makan masa panas2 baru ngam :)

Tuesday, January 25, 2011

Sherson lian : Tema Buah buahan

sherson lian make up time

resipi masakan minggu ini (25/1/11)
-kerabu mangga
-Ayam/udang/sotong goreng dgn kelapa gading
-Nasi Ciku
-aiskrim cempedak
-Ais blended belimbing dan limau

KERABU MANGGA

limau kasturi.cili pdai/sos ikan -gaul kemudian simpan dalam peti sejuk
so on - direndam dgn air panas kemdian toskan
udang kering -goreng tanpak mintak
cincang halus - mangga/belimbing muda/cili muda-perah asam limau
campurkan so on dan udang kering
campurkan sos yg telah dibuat terlebih dahulu tadi
gaul kesemua bahan


AYAM/SOTONG/UDANG GORENG dgn KELAPA GADING

-ayam sotong udang perap dgn lada hitam dan garam- asingkan
-tepung gandum/soda berkarbonat/garam/gula/sebijik telur/campur dgn air kelapa gading -kacaukan
-masuk serbuk paprik/biji hitam
-isi kelapa gading di potong potong-masuk dalam adunan tepung
-goreng ayam sotong udang menggunakan adunan tepung tadi

NASI CIKU

-hiris ciku /halia -perah asam limau
-gaulkan dgn nasik..


AIS KRIM CEMPEDAK

-isi cempedak -blender -tak perlu terlalu hancur
-campur setengah cawan susu/limau kasturi/sedikit gula
-kacau semua dan simpan dalam peti sejuk

-krim dikacau hingga keras-campurkan isi cempedak tadi - simpan dalam peti ais selama 2 hrs

ICE BLENDED BELIMBING & LIMAU

belimbing/limau kasturi/ais/gula  - blenderkan ajer


conteng tapak tangan
sukatan resipi2 di atas bole la main agak je ikut banyak mana kita nak masak.As usual tak sempat nak nyalin sebijik sebijik sebab laju sangat shers ni masak ^..^

Monday, January 24, 2011

edisi memasak Rajin Vs Malas

Masak MEe Maggie
time rajin : siap bubuh bawang/sayuran/bawang goreng bagai dan juga telur
time malas : ermm magie cup je la..senang tuang air panas je tak pun buh dalam tuppeware siram dgn air panas..kenyang jugak perut..err tak pun boleh tak makan magie ni macam makan kepok mamie tu *tepuk dahi sat*

Masak Telur
Time rajin : wah siap buat mcm omelet lg mcm omputih dah mcm rupa pizza je ha lain kali boleh buat lg

Time Malas : Bang lauk malam ni ai goreng telur mata kerbau je la..sila tuang kicap then ada lada sulah tu buh la.Ni kira ok la ai nak masak ni kalau ikutkan malas dah..hmmm pemalasnya :P
Roti Telur
Time rajin yg amat amat : ermm buat sardine roll la bukan susah mana pun celup2 je jadi la

Time malas : roti tak payah bakar..telur kenduri ada lg boleh dihancurkan lepas tu campur mayonis n sos..siap dah makan malam..T__T



sumber gambar
blog2 masakan orang 
images binti google

Sunday, January 23, 2011

Perempuan dan Internet

Kegunaan Internet di jari perempuan :

Suka menyalin resipi...sangat mudah dgn adanya kemudahan internet.Tidak perlu lagi membeli buku2 masakan yg tebal..hanya searching kemudian print/salin .Kemudian masak le jangan nyalin je tapi tak masak


Suka berfacebook dan Berbelog.Aktiviti wajib ni.Di facebook boleh bersembang sembang dgn kawan.DI belog pula bertukar tukar pendapat.


Mencari kenalan baru di cyber.Antara saluran2 yg biasa digunakan : laman web sosial : Belog : Permainan Online : Forum :Ruang bersembang :

Menonton dan mendengar lagu artis feberet di youtube.


Mendownload cerita2 kegemaran..Mostly sekarang yg pemes ialah mendownload drama2 bersiri korea.
 

Mencari gossip dan berita terkini artis terkenal.Kunun tak mau ketinggalan la dalam bab2 hiburan ni kan.
 

Paling penting dapat membaca dan mengumpul artikel2 agama yg dapat dijadikan panduan hidup

Bershopping secara Online.!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Notes from Nurul Baiti. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver