Monday, February 7, 2011

47~Solok Lada

Percubaan pertama agak sepah2
Bahan-bahan

5-8 biji cili hijau
3-4 ekor ikan kembung- rebus ambil isinya
1/2 cawan kelapa parut putih

3-4 biji bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara


-Cili hijau dibelah tengah dan rendam dalam air.


-Tumbuk lada hitam,isi ikan dan bawang merah bersama kelapa parut putih. Tapi jangan terlalu lumat.


-Perasakan dengan garam dan gula.


-Ambil cili yang telah di belah tadi dan sumbatkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam cili. Buat hingga habis.


-Susunkan cili yang telah disumbat tadi ke dalam periuk dan tuangkan santan. Rebus hingga cili agak layu.


-Angkat dan bolehlah dihidangkan


***
conteng tapak tangan
-isi ikan tu kalau lagi lebih lagi umphh ^..^

2 tengah salin resipi:

::FAIZ FARISH:: said...

nak cubala nanti hehe

Nurul Baiti said...

ekekke try la nanti masukkan dalam belog tau ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Notes from Nurul Baiti. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver