Thursday, February 10, 2011

50 ~ Ikan Masam manis



Bahan-bahan


  • 2 ekor ikan saiz kecik(ikan yg sesuai digunakan ikan bawal tapi masa masak ni guna ikan selar kuning main memandai mandai je)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 bj lada merah
  • 1" halia
  • 1 btg carrot
  • 1 bj bawang besar
  • 5 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • garam dan gula
  • serbuk kunyit
  • 5 sb tepung jagung
  • 2 sb minyak masak 
  • sebijik buah tomato

Cara-cara

  1. Sediakan kuali besar,masukkan 5 cawan minyak masak. Panaskan kuali hingga minyak betul2 panas. Sementara itu sediakan ikan.
  2. Ikan dikelar, dilumur garam & serbuk kunyit. Lumurkan pula dengan tepung jagung hingga menutupi semua ikan. Goreng ikan dgn api besar hingga ikan agak garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Carrot dipotong memanjang, bwg besar dipotong bulat & tebal, halia dipotong memanjang.tomato potong bulat bulat.
  4. Kisar lumat bwg putih,bwg merah & lada merah. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bhn kisar dan halia selama 5minit.
  5. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau sebentar dan masukkan air. Biar mendidih.
  6. Bila mendidih masukkan gula & garam. Masuk pula carrot,bawang besar dan tomato buah. Biarkan selama 5minit.
  7. Rasa masam manisnya, bila dah ok padam api dan curahkan sos atas ikan yg dah digoreng tadi.

2 tengah salin resipi:

::FAIZ FARISH:: said...

wah kalah chef Wan klu mcm ni..

Nurul Baiti said...

amboi ekeke masak pun sepah2 lg takkan la nak mengalahkan chef wan pulek :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Notes from Nurul Baiti. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver