Sunday, October 31, 2010

famili (pamiliya)

1 amá father
2 amáng pangumán stepfather
3 anák na babae daughter
4 anák na lalaki son
5 apó grandchild
6 apóng babae granddaughter
7 apóng lalaki grandson
8 asawang lalaki husband
9 ate eldest sister
10 babae girl
11 babae woman
12 báta child
13 bátang lalaki boy
14 biyanáng babae mother-in-law
15 biyanáng lalaki father-in-law
16 bunsô youngest child
17 diko second eldest brother
18 ditse second eldest sister
19 hipag sister-in-law
20 iná mother
21 ináng pangumán stepmother
22 kapatíd na babae sister
23 kapatíd na lalaki brother
24 kapatíd na pangumán stepbrother
25 kapatíd na pangumán stepsister
26 kuya eldest brother
27 lalaki man
28 lola grandmother
29 lola sa tuhod great grandmother
30 lolo grandfather
31 lolo sa tuhod great grandfather
32 mag-asawa husband and wife
33 manugang daughter-in-law
34 manugang son-in-law
35 maybáhay wife
36 mga apó grandchildren
37 mga magulang parents
38 mga ninunò grandparents
39 nínang godmother
40 nínong godfather
41 nobya fiancée
42 nobyo fiancé
43 pamangkíng babae niece
44 pamangkíng lalaki nephew
45 pamilya family
46 panganay first born child
47 pinsang babae cousin (female)
48 pinsang lalaki cousin (male)
49 sanggól baby
50 tiyo uncle

Wednesday, October 27, 2010

Pix Of Nai (week 6&7)

week 6
week 7 (nai tgh minum)

Tuesday, October 26, 2010

Kebesaran jiwa seorang ibu

Bayi ini telah tertanam selama 24 jam dalam satu runtuhan . Secara ajaib dia diselamatkan tanpa sebarang luka dan kecederaan

Dia berusia sekitar 3-4 bulan dan ibunya berlutut dan menahan kepala dan tangannya ke tanah sebagai perisai anaknya dari tuntuhan bagunan sambil MENYUSUI bayinya! (sedihnya :(  )




Seorang penyelamat terjumpa telefon bimbit dalam bungkusannya. Di dalamnya terdapat mesej yang tertulis,
“Anakku sayang, bila kamu selamat, ingatlah..Mama mencintai kamu selamanya”
Inilah wajah ibu tersebut bersama bayi dan suaminya.
 sumber dari blog

Haiwan pun sayangkan anak.........

1-anak kera ni jatuh takde pun manusia nak tolong
2-Ibu dia berusaha & nampak mcm ada halangan
3-datang pulak anjing :(
4-tgk tu ibu dia lawan anjing tu bersunguh sungguh asalkan anak dia selamat
5-Akhirnya si ibu kera menang..bukti kasih sayangnya...

***
Masa mula-mula tgk gambar-gambar ni rasa sebak..mcm tu punya kasih ibu kera ni pada anak dia...tapi kita ni manusia boleh je senang senang buang anak mcm tu je ..dalam tong sampah la..sangkut kat pokok la..dalam toilet la..
renung renungkan...moga moga kisah ini menjadi pengajaran pada kita semua (insyaALLAH)

sumber : dari blog..

Sunday, October 24, 2010

Occasional Greetings


Maligayang bati sa iyong kaarawan.- Happy birthday to you.

Nawa'y pagpalain ka ng Diyos ng marami pang kaarawan.-May God bless you with many more birthdays to come.

Maligayang bati sa iyong kasal-Congratulations/Best wishes on your wedding.

Maligayang bati sa iyong pagtatapos.-Congratulations on your graduation.

Ipagpaumanhin po ninyo ang aking pagkakamali. -Please accept my sincerest apologies.

Patawarin po ninyo ang aming mga pagkakamali.-Please forgive us for our mistakes.

Ako po ay taos-pusong nagpapasalamat.- I am sincerely thankful/grateful.

Nagpapasalamat po ako sa inyong napakalaking tulong sa amin. -I would like to thank you for your great help to us.
**
salamat-thank you/terima kasih 
tulung-help/tolong

Hindi ko alam kung papaano ko po kayo mapapasalamatan sa inyong kabutihan.-I really can't (or don't know how to) thank you enough for your kindness.

***
Maligayang bati
= welcome/congratulatian/happy _____/selamat _____ (untuk ucapan selamat)

 pagkakamali
=Mistake/ kesalahan           

pagtatapos
=graduation/finishing
      

Saturday, October 23, 2010

Pagbati - (Greetings)





Ano po ang pangalan nila? (formal/polite)
 
Anong pangalan mo?  (informal) 

What is your name?
Siapa nama kamu?
 **
Mo= you/kamu
Pangalan=bunyi mcm panggilan 

Ako po si ________ (formal/polite)
Ako si _________ (informal) 
 
I am ______ (name).
Nama saya ialah _____

**
AkO=i/aku

Ilang taon na po kayo? (formal/polite)
Ilang taon ka na? (informal) 

How old are you?
Berapakah umur kamu/umur kamu berapa?

**
Taon=year/tahun

Ako po ay _______ gulang na. (formal/polite)
Ako ay _______ gulang na.  (informal) 

I am _______ years old.
Saya berumur ____ tahun

Saan po kayo nakatira?  (formal/polite)
Saan ka nakatira?  (informal) 
Where do you live?
Dimana kamu tinggal?

Taga saan po sila?  (formal/polite)
Taga saan ka?  (informal)  

Where are you from?
Kamu dari mana ?/kamu berasal dari mana

Kumain na po ba sila?  (formal/polite)
Kumain ka na ba?  (informal)  

Have you eaten yet?
Kamu sudah makan? 

Saan po kayo papunta?  (formal/polite)
Saan ka papunta?  (informal)  

Where are you going?
Kamu mahu kemana/kemana kamu mahu pergi?

refer web: http://www.seasite.niu.edu/


Friday, October 22, 2010

10 kesilapan dalam berdiet

1 Terlampau ghairah mengira kalori.

2 Tidak minum air yang mencukupi.

3 Makan roti, pasta dan ubi kentang lebih banyak berbanding protein, daging segar, buah dan sayur.

4 Makan makanan proses lebih banyak dari makanan segar.

5 Memasak sayur berlebihan menyebabkan khasiatnya hilang.

6 Tidak merancang dengan betul program diet.

7 Menyalahkan orang lain di atas kegagalan program diet anda.

8 Menyudahkan juga sisa makanan sedangkan anda telah kenyang.

9 Mengabaikan sarapan pagi.

10 Berlapar sepanjang hari kononnya sedang mengamalkan program diet.

sumber :http://kelabdiet.com/




Thursday, October 21, 2010

5 Perkara Pengubat Hati



1. Membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta menghayati kandungan dan maknanya.

2. Berpuasa sunat ataupun makan yang setakat cukup, yakni tidak menuruti hawa nafsu

3. Tekun beribadah di malam hari seperti qiamullail atau solat tahajud

4. Berusaha mendekatkan diri dengan sentiasa berzikir bagi mengingati Allah

5. Bercampur dan bergaul dengan orang-orang soleh dan alim ulama

Sumber: Penawar Bagi Hati Penenang Bagi Jiwa Jilid 2

Wednesday, October 20, 2010

The 5 Basic Tagalog Greetings (Ucapan Selamat) (Tagalog Pagbati)

Magandang araw.
Beautiful day ~ Hari Yang Indah

Magandang umaga.
Good morning.~ Selamat pagi

Magandang tanghali.
Good noon.~Selamat tengahari

Magandang hapon.
Good afternoon.~Selamat petang
Magandang gabi.
Good evening/nite.~Selamat petang/malam
***
(1)-Walang eksaktong katumbas para sa 'Good Night' ang Ingles na parirala sa Tagalog.
 -There is no exact equivalent for the English phrase 'Good Night' in Tagalog. 
 -Tiada perkataan yg tepat & sesuai untuk ucapan selamat malam dalam bahasa tagalog
**
(2)-Ang Araw Tagalog word maaaring nangangahulugan parehong 'day' at 'sun.'
 -The Tagalog word araw can mean both 'day' and 'sun.'
 -Araw bermaksud hari dah matahari

Pix Of Nai (week 5 )



Monday, October 18, 2010

Masalah terlalu kurus



sedikit fakta

Faktor-Faktor kenapa kita tidak berjaya menambah berat badan.

1~ makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia- sia.

2~ adalah pengambilan makanan yang sedikit ( makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja

3~terdapat pelbagai masalah kesihatan yang boleh timbul dari masalah ini. Kekurangan zat makanan, keletihan kronik (chronic fatigue), amenorhea (ketiadaan haid) atau pusingan haid yang tidak sekata, anemia (kurang darah) dan kurangnya ketahanan tubuh terhadap jangkitan kuman.

4~Di samping itu ketidakseimbangan hormon juga mampu berlaku terhadap mereka yang terlalu kurus dan ini pasti akan membawa kepada pelbagai lagi masalah lain yang berkaitan dengan fungsi hormon tersebut.

5 tips

1. Tetapkan satu berat badan target dalam tempoh tertentu. Pastikan juga ia realistik dan boleh dicapai. Sebagai contoh: 2 kilo dalam masa 6 minggu. Timbanglah berat badan anda setiap minggu.

2. Bersenam secara teratur dan berkala. Elakkan senaman yang terlalu meletihkan dan melampaui keupayaan badan sendiri.

3. Tidur yang cukup. Kawal stress dan buang tabiat yang membahayakan kesihatan contohnya merokok

4. Ambillah makanan berkalori tinggi seperti produk susu, kekacang, buahan kering dan telur. Rehat secukupnya dan ambillah makanan ringan yang berkhasiat di antara sela waktu makan. Lebihan kalori antara 500 ke 1000 kalori sehari dianggarkan dapat meningkatkan berat badan antara 0.5 ke 1 kg berat badan seminggu

5. Elakkan produk-produk suplemen yang meningkatkan berat badan atau meningkatkan selera makan yang tidak diketahui kesan sampingnya.

sumber : http://papisma.org/index/?p=297

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak



1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan
boleh mengakibatkan penyakit Alzheimer.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

sumber  http://www.raudhah.net/

Saturday, October 16, 2010

Anak Yatim



Ulama telah mentakrifkan anak yatim sebagai: Apabila seorang kanak-kanak kematian bapanya sama ada lelaki atau perempuan yang belum baligh, maka mereka digelar yatim.
Kebanyakan ulama berpendapat kanak-kanak yang kematian bapa sahaja yang digelar yatim. Ini kerana keperluan mereka kepada bapa di dalam menyediakan makan minum, tempat tinggal dan sebagainya ini merujuk kepada peranan dan tanggungjawab seorang ayah.Istilah yatim piatu pula tidak ada dalam kamus Arab melainkan ia terdapat dalam kamus perbualan masyarakat Melayu.
Panggilan serta kelebihan yang diperolehi oleh anak-anak yatim ialah selagi mana mereka belum mencapai umur baligh. Ibn Ruslan pernah berkata: Apabila anak yatim itu sampai kepada umur baligh yang diketahui umum (umur pada adatnya baligh) maka tidak boleh lagi digelar dengan nama˜yatimâ.
Rasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim. Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud: Aku dan penjaga (memberi perlindungan) kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda ia itu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (riwayat Muslim ).
Misalan yang disebut dan ditunjukkan oleh baginda itu menggambarkan akrabnya kelak orang yang menjaga dan memelihara anak yatim bersama baginda di dalam syurga. Memberi perlindungan dalam hadis ini bermaksud: memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal, mengajar mereka agama, adab dan akhlak serta mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara.
Kelebihan ini diperoleh sama ada dengan melindungi anak yatim dengan hartanya atau pun dengan harta anak yatim yang ditinggalkan melalui pentadbiran dan pengurusan yang baik.
Dalam sepotong athar daripada Abi Umamah berkata :Barang siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah baginya pahala atas setiap helai rambut yang disentuhnya.
Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah:Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.
Allah s.w.t. memberi amaran yang keras ke atas orang-orang yang merosakkan harta anak-anak yatim dengan mencampuradukkan harta mereka dengan harta anak yatim. Firman Allah yang bermaksud: Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah baligh) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar. (al-Nisaâ)
Dalam ayat-ayat yang lain Allah mengecam perbuatan memakan harta anak yatim tanpa hak. Antaranya, firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka sedang memenuhkan perut mereka dengan memakan api neraka dan tempat kembali mereka ialah neraka. (al-Nisaâ: 10)
Maksud firman Allah lagi:Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu mengherdiknya. (Dhuha: 9-10)
Maksudnya: Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim⦠(al-Maun: 1-2)
Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah: Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, Maka mereka adalah saudaramu; dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerosakan dari yang mengadakan perbaikan. Dan jikalau Allah menghendaki, nescaya dia dapat mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)
Dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (halal). (al-Israk: 34)
Apabila turun ayat ini sahabat yang di rumahnya ada anak yatim mula mengasingkan makanan mereka daripada makanan yang lebih baik bagi anak-anak yatim. Kadang-kadang makan yang diasingkan itu menjadi basi dan rosak. Maka turunlah ayat 220 surah al-Baqarah itu tadi.
***
Anak-anak yatim adalah amanah Allah s.w.t., orang yang dipertanggungjawabk an menjaga kebajikan mereka perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan seadil-adilnya. Mereka telah dijanjikan limpah kurnia di dunia dan balasan syurga dan mendampingi baginda di syurga kelak.

Bermimpi ke Syurga..




Aku bermimpi suatu hari aku pergi ke syurga dan seorang malaikat menemaniku  serta menunjukkan keadaan di surga.

Kami berjalan memasuki suatu ruang kerja yang penuh dengan para malaikat. Malaikat yang mengantarku berhenti di depan ruang kerja pertama dan   berkata,"

Ini adalah Seksyen Penerimaan. Disini, semua permintaan yang ditujukan pada Allah, diterima".

Aku melihat-lihat sekeliling tempat ini dan aku dapati tempat ini begitu sibuk dengan begitu banyak malaikat yang mengamati seluruh permohonan yang tertulis pada kertas dari manusia di seluruh dunia.

Kemudian,.... aku dan malaikat tersebut berjalan lagi melalui  koridor yang panjang.   lalu sampailah kami pada ruang kerja kedua

Malaikat-ku berkata, "Ini adalah Seksyen Pembungkusan dan Pengiriman. Disini, kemuliaan dan rahmat yang diminta manusia diproses dan dikirim ke manusia-manusia yang masih hidup yang memintanya".

Aku perhatikan lagi betapa sibuknya ruang kerja itu.Ada banyak malaikat yang bekerja begitu keras karena ada begitu banyaknya permohonan yang dimintakan dan sedang dipaketkan untuk dikirim ke bumi

kami melanjutkan perjalanan lagi hingga sampai pada  hujung terjauh koridor   panjang tersebut dan berhenti pada sebuah pintu  ruang kerja yang sangat kecil.

Yang sangat mengejutkan aku, hanya ada satu malaikat yang duduk disana, hampir tidak melakukan apapun.

"Ini adalah Seksyen Penerimaan Pernyataan Terima Kasih", kata Malaikatku perlahan. Dia tampak malu.

"Bagaimana ini? Mengapa hampir tidak ada pekerjaan disini?", tanyaku.


"Menyedihkan", Malaikat-ku menghela nafas. "Setelah manusia menerima rahmat  yang mereka minta, sangat sedikit manusia yang mengirimkan pernyataan terima kasih".

"Bagaimana manusia menyatakan terima kasih atas rahmat Tuhan?", tanyaku

"Sederhana sekali",

jawab Malaikat.
"Cukup berkata,'ALHAMDULILLAHI  RABBIL AALAMIIN, Terima kasih, ALLAH' ".
"Lalu,
rahmat apa saja yang perlu kita syukuri?”, tanyaku.


Malaikat-ku menjawab,
"Jika engkau mempunyai makanan di peti sejukmu, Pakaian yang menutup tubuhmu,
atap di atas kepalamu dan   tempat untuk tidur,
Maka  engkau lebih kaya dari 75% penduduk dunia ini.


"Jika engkau memiliki wang di bank, di dompetmu,dan wang baki,
maka engkau berada diantara 8% kesejahteraan dunia


"Dan jika engkau mendapatkan pesan ini di komputermu,
engkau adalah bahagian   dari 1% di dunia yang memiliki kesempatan itu


Juga....
"Jika engkau bangun pagi ini dengan lebih banyak kesihatan daripada kesakitan ...
engkau lebih dirahmati daripada begitu banyak orang di dunia ini yang tidak dapat bertahan hidup hingga hari ini.


"Jika engkau tidak pernah mengalami ketakutan dalam  perang, kesepian dalam penjara, kesengsaraan penyiksaan, atau kelaparan   yang amat sangat ....Maka,  engkau lebih beruntung dari 700 juta orang di  dunia".

"Jika,........
 engkau dapat menghadiri Masjid atau pertemuan keagamaan tanpa ada ketakutan akan penyerangan, penangkapan, penyiksaan, atau kematian ...  M a k a,.... engkau lebih dirahmati daripada 3 juta orang di dunia.


"Jika,....
 orangtuamu masih hidup dan masih berada dalam ikatan pernikahan ...
Maka,.....
engkau termasuk orang yang sangat jarang menerima keuntungan itu dari ALLAH.


"Jika engkau dapat menegakkan kepala dan tersenyum, maka,..engkau bukanlah seperti orang kebanyakan,
engkau unik dibandingkan semua mereka yang berada  dalam keraguan dan keputusasaan.


"Jika,...engkau dapat membaca pesan ini,
maka engkau menerima rahmat ganda
iaitu
bahwa seseorang yang mengirimkan ini padamu, berpikir bahwa engkau orang yang sangat istimewa baginya, dan bahwa,engkau lebih dirahmatidaripada lebih dari 2 juta orang di dunia yang bahkan tidak dapat membaca sama sekali".


Nikmatilah hari-harimu, hitunglah rahmat
yang telah Allah anugerahkan kepadamu.
Dan jika engkau berkenan, kirimkan pesan ini ke semua teman-temanmu untuk mengingatkan mereka betapa dirahmatiNya kita semua.


"Dan ingatlah tatkala Tuhanmu
menyatakan bahwa,'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambahkan lebih banyak  nikmat kepadamu' ". (QS:Ibrahim (14) :7 )


Ditujukan pada :
Seksyen Pernyataan Terima Kasih:"Terima kasih, Allah! Terima kasih, Allah, atas  anugerahmu berupa kemampuan untukmenerjemahkan dan membagi pesan ini dan memberikan aku begitu banyak  teman-teman yang istimewa untuk saling berbagi".

sumber : dari blog 
***
selalulah kita mensyukuri ke atas nikmat yg telah ALLAH limpahkan kepada diri kita
ALHAMDULILAH......... 

Thursday, October 14, 2010

Asal usul Api di Dunia



Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam ASdihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah SWT telah memerintahkan malaikat Jibril AS supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam AS. Maka Jibril AS pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam AS.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : sebesar kurma. .

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.


Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril AS pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.

Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril AS pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai.

Selepas itu Jibril AS pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.

PENGAJARAN

Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.


sumber :http://www.mymasjid.net.my/forum/display/358728/asalusul-api-di-dunia-ini/  

Tuesday, October 12, 2010

Jodoh……mestikah dikejar?

Sumber:http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah046.html

Oh.. ibu, usiaku sudah lanjut, naĂ‚mun belum datang seorang pemuda pun memiĂ‚nangku…? Apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup?” Kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma’zhum yang kaya raya. Mendengar rintihan sianak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke sana ke mari untuk mencari jodoh buat sI puteri. Pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya yang cuma seorang itu dapat bertemu jodoh.


Namun sayang usaha siibu tidak juga menamĂ‚pakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar, sedangkan yang ditunggu tidak pernah namĂ‚pak batang hidungnya. Melihat keadaan ini tentu saja gadis Bani Ma’zhum yang bernama Rithah AI-Hamqa menĂ‚jadi semakin bermuram durja, tidak ada kerja lain yang diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, Mengapa sampai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?

Penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah akĂ‚hirnya tamat tatkala ibu saudaranya yang berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka yang muda rupawan. Kenapa sipemuda itu berĂ‚sedia menikahi gadis Bani Ma’zhum yang telah tua itu..? Oh ternyata ada udang di sebalik batu.

Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan kekaĂ‚yaan Rithah yang melimpah ruah. Sebaik sahaja sijejaka telah berhaĂ‚­sil menggunakan sebahagian harta Rithah ia pun pergi tanpa peĂ‚san dan kesan….

Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi pemergiĂ‚an suami yang tidak tentu ke mana perginya. Kesedihan dan kemurunganĂ‚nya dilepaskan Rithah dengan membeli beĂ‚ratus-ratus buku benang untuk diĂ‚pintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai beraikan lagi menĂ‚jadi benang. Lalu ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. BeĂ‚­gitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengataĂ‚kan, Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau.” (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman)

AI-Qur’anul Karim mengĂ‚abadikan kisah gadis Bani Ma’Ă‚zhum ini dalam surat An-NahI ayat 29, Dan janganlah kamu seperti perempuan yang mengĂ‚uraikan benangnya yang suĂ‚dah dipintal dengan kuat menĂ‚jadi bercerai-berai kembali…Yang dimaksud AlĂ‚­Qur’an dengan ‘wanita penguĂ‚rai benang yang telah dipintal’ tidak lain adalah Rithah AlĂ‚­Hamqa. Dalam ayat tersebut Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian banyak ibrah yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma’zhum terĂ‚sebut.


Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat diĂ‚hindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita suĂ‚dah teramat sangat ingin menĂ‚dapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda: Ketika diĂ‚tiupkan roh pada anak manuĂ‚sia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapĂ‚kan ajalnya, rezekinya, jodohnya . Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri.


Episod Rithah juga mengajar kita unĂ‚tuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. KaĂ‚lau ibu Rithah mendaĂ‚tangi berbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapatĂ‚­kan jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul doa) agar tujuan kita tercapai. Allah senĂ‚diri telah berfirman:

“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)

Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu DaĂ‚wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa, “Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa”.


lbrah berikutnya yang dapat kita petik, ialah memuĂ‚puk sikap ’sabar’ dalam mengĂ‚hadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah semaĂ‚kin senja.

Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45, “Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”.


Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam maĂ‚salah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwah yang datang meminang merupakan ujian yang - wallahu a’lam - sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam maĂ‚salah jodoh malah memĂ‚buat kehidupan selepas perĂ‚nikahan jadi tidak seindah semasa masih bujang.


Di samping itu kita pun harus tetap menÂjaga kemurÂnian niat kita untuk menikah. Motivasi usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekitar harus secepatnya dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islami yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan rumahtangga kita seiring deÂngan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita. Sungguh beruntung seÂkali menjadi orang-orang mukÂmin. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan berÂsabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu menÂjadi baik pula baginya.


Kisah gadis Bani Ma’zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah yang hanya akan diberikan pada seseorang yang dianggap teĂ‚lah mampu memikulnya kerana amanah merupakan seĂ‚­suatu yang harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabkan.

Manakala kita belum dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut. SiĂ‚kap kita yang paling baik daĂ‚lam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah. “Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal seĂ‚suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengeĂ‚tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS. 2:216)


Akhir sekali kisah Rithah memĂ‚berikan ibrah kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat ia ‘gila sasau’. Bagi kita tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang ALLAH .Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah adaĂ‚pun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah).. ” (QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita.



Giliran Wanita Yang Buka Mulut, "Tidak Salah Perigi Mencari Timba"

sumber :Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

Ramai yang sudah berkeinginan untuk berkahwin tapi tidak juga kahwin-kahwin. Nampak seolah-olah susahnya menuju ke gerbang perkahwinan, seperti susahnya hendak mendapat rezeki walaupun rezeki kelihatan sudah ada di depan mata.

Begitulah halnya dengan seorang wanita dalam soal mendapatkan jodoh. Kadang-kadang calonnya sudah ada tapi belum juga dapat berkahwin disebabkan halangan tertentu. Berkahwin menjadi susah mungkin kerana calon yang difikirkan sesuai sudah ada tetapi si lelaki tidak memulakan inisiatif untuk menyatakan hasrat, apalagi untuk masuk meminang. Pinangan yang ditunggu tak sampai-sampai.

Perempuan juga mungkin susah mendapatkan jodoh kerana telah melewati usia tertentu. Misalnya, seorang kakak sulung mungkin menangguhkan hasrat untuk berkahwin kerana memberi perhatian lebih kepada persekolahan adik-adik hinggalah adik-adik dulu yang berkahwin. Si kakak bila sampai masa untuk berkahwin, gagal pula bertemu jodohnya kerana lelaki yang dikira agak sebaya telah pun berkahwin lebih awal.

Atau yang belum berkahwin akan mencari perempuan yang lebih muda. Ada juga yang melewatkan kahwin kerana menunggu habis belajar sampai ke peringkat yang dicita-cita. Tetapi bila sudah sampai ke tahap itu, timbul pula masalah mendapatkan jodoh yang setaraf. Dalam keadaan-keadaan seperti ini, wanita berada di persimpangan.

Antara mencari jalan untuk dapat berkahwin atau terus hidup membujang. Jika mahu berkahwin juga, mereka tidak boleh lagi semata-mata menunggu, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Sebaliknya, mungkin sudah sampai masanya wanita sendiri yang harus memulakan inisiatif mencari dan memilih jodoh.

Paling tidak, mereka sendiri yang mula membuka mulut sekiranya memang sudah cukup bersedia untuk berkahwin. Di sini, perigilah yang berusaha mencari timba!Amalan ‘perigi mencari timba’ ini bukan amalan lumrah tapi tidak pula salah. Syariat Islam membenarkannya.

Di zaman Nabi s.a.w. sendiri ada berlaku. Seorang wanita pernah menemui seorang Sahabat menawarkan dirinya untuk dipinang sebagai isteri. Sahabat tadi menerimanya dengan senang hati kerana memang dia sendiri pun ada hati pada wanita tersebut, cuma malu untuk buka mulut.

Malah pernah seorang wanita menawarkan diri untuk diperisterikan oleh Rasulullah s.a.w. Walaupun baginda tidak menerima tawaran itu tapi tidak pula mengatakan cara wanita itu salah. Rasulullah s.a.w. sendiri sebelum menjadi rasul telah berkahwin dengan Siti Khadijah r.ha ekoran lamaran yang dibuat oleh Siti Khadijah melalui seorang perantara. Ia disusuli oleh kunjungan adat wakil keluarga baginda yang menemui keluarga Siti Khadijah untuk merasmikan ikatan pertunangan dan seterusnya perkahwinan.

Paling utama dalam memilih jodoh adalah mendapatkan pasangan yang baik, sesuai dan serasi. Apabila calon telah ditemui dengan asas pemilihannya menekankan pada aspek agama dan akhlak, proses seterusnya sepatutnya menjadi lebih mudah.

Kerana Rasulullah s.a.w. berpesan: “Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Dalam konteks ini amalan ‘perigi mencari timba’ boleh dilihat sebagai salah satu kaedah untuk memudahkan proses perkahwinan. Ia salah satu jalan keluar bagi mengatasi halangan bertemu jodoh dan berkahwin, khususnya bagi wanita.

Tidak Salah Perigi Mencari Timba – Dato’ Dr. Fadzilah

“Memanglah lumrahnya orang lelaki meminang orang perempuan. Tetapi tidak bersalahan kalau orang perempuan yang mencari jalan melalui kaedah yang baik dan munasabah untuk memulakan inisiatif atau mengesyorkan,” ujar pakar motivasi Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah.

Jelasnya, “Sebenarnya jodoh kita datang dengan bermacam-macam cara. Ada orang, yang lelakinya mencari perempuan. Ada orang, yang perempuan mencari lelaki. Ada orang yang sama-sama mencari.”

Katanya, dalam konteks ini orang perempuan boleh menjadi ‘pemburu’ sebagaimana orang lelaki juga boleh menjadi ‘pemburu’.

:“Orang lelaki kena mencari, orang perempuan juga kena mencari. Orang lelaki banyak pilihan, orang perempuan juga banyak pilihan. Ini perlu diingat.

Jangan kata, kita ni orang perempuan, apa nak buat. “Sebenarnya orang perempuan banyak pilihan dan wajar memilih. Memilih dengan cara apa? Banyak caranya. Memilih dengan cara istikharah, dengan berbincang, dengan meminta nasihat, dengan melakukan solat taubat dan sebagainya.

Itu cara-cara memilih. “Dalam banyak kes di mana kedua-dua pihak malu hendak memulakan inisiatif atau menyatakan hasrat, ia berakhir dengan kedua-duanya kecewa.”

Jodoh (1)

Sumber  : Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

Ada 6 faktor mengapa masih tidak bertemu jodoh.

Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:

Usaha Belum Sempurna

“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

Belum Benar-benar Bersedia

“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

Tiada Daya Penarik 

“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

Doa Tidak Makbul

“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

Restu Ibu Bapa Belum Total

“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

Faktor Metafizikal

“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”


Dosa Dosa Dalam Facebook



sumber : www.zaharuddin.net

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri. Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam.

Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan.

Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga. Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa. Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook. Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.


2) Terlebih gambar


Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu. Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah. Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'. Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook.


3) Penyamaran Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita.


Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu. Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.


Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain. Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'.

Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.


Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar.

Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend). Ini boleh menjadi dosa, kerana Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram. Individu terbabit mungkin berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidak perihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar.

Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka.

Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya.

Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam.

Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat. Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya. Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook. Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa. Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

***
Moga2 artikel ini akan menjadi pengajaran pada diri saya sendiri 
(InsyaALLAH)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Notes from Nurul Baiti. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver