Wednesday, November 24, 2010

Pix Of Nai (week 10)







Monday, November 22, 2010

Boboy Oh Boboy


boboy 1 
Awak ada boyfren or tunang if ada saya nak back off .( a bit macho la jugak kalau tanya mcm ni)

boboy 2
Ada boyfriend ( sungguh direct)

boboy 3
Awak bila nak kawen? (soalan berusur penyebok)

Pertanyaan2 di atas maybe sebab :
: Nak tahu gegirl tu single

: Senang nak ngorat aka mengayat

: Senang nak buat pilihan
Mostly lelaki ni suka2 je nak tahu status pompuan tu tapi status sendiri dirahsiakan atau bahasa kasarnya dasar penipu.Contohnya mcm kat bawah ni :

: Kalau lelaki dikatakan single hati2 maknanya dia ada girlfren.sebab ada pendapat mereka2 ni berkata "eh boboy kan tak kawen lg,means boboy tak terikat lg ngn sesiapa,baru relationship je bukan nikah,single la tu "
ish ish bijak sungguh la boyfren sapo la ni.

: kalau lelaki tu mengaku dia ada girlfren sila la menyiasat dgn lebih lanjut sebabnya kemungkinan besar dia sudah bertunang or lebih best lg dah beristeri..

Kesimpulannya lelaki ni payah nak berterus terang dari awal sebab diorang nak buat pilihan gegirl yg terbaik untuk mereka.Tak baik mcm tu mengambil kesempatan namanya..Jangan la pilih punya pilih alih2 orang lain jugak yg pilihkan untuk kita.



Wednesday, November 17, 2010

Pix Of Nai (week 9)






so sweet nai bg reward gift pada fish

Friday, November 12, 2010

Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah & Cara Mengatasi

  Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun Berdiri (Postural Hypotension)

-Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. 

-Bagi individu normal,degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. 

-Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti lalu menjadikan tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan pitam.

v  Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).

-Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. 

-Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. 

-Bagi mereka yang normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak.

-Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu menyebabkan tekakan darah menurun.

Cara-cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah

v  Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.

v  Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral Rehydration Salt, ORS).

v  Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran darah.

v  Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.

v  Pakai stoking elastik (gut/ compression stocking) – memakai stoking ini pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan lebih darah di bahagian atas badan.

v  Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan. 

sumber :http://site.100percentnutrisyen.com

tekanan darah rendah (2)


Berapa Rendahkah yang dikatakan Rendah?
 
Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.


     Tekanan Darah Rendah  =  Tekanan darah < 90/60 mmHg.
 
Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah.

Cth:    115   ∕  50      = tekanan darah rendah @   85   /   70       = tekanan darah rendah
         (normal)    (rendah)                                                                    (rendah)     (normal)

Kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba boleh membahayakan. Penurunan tekanan darah walaupun hanya sebanyak 20 mmHg (cth: drp. 130mmHg à 110mmHg) boleh menyebabkan pening dan pitam apabila otak gagal mendapat bekalan darah yang cukup


Tekanan darah rendah  boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

v  Mengandung: Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya menurun sebanyak  5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak 10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya kembali normal selepas melahirkan anak.

v  Masalah Jantung: Masalah-masalah jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah termasuklah kadar degupan jantung yang sangat rendah (bradycardia), masalah injap jantung,  serangan jantung dan kegagalan jantung. Keadaan-keadaan ini menghalang pengaliran darah secukupnya ke seluruh badan dan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

v  Masalah Endokrin: Masalah kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) atau kelenjar tiroid yang terlebih aktif (hyperthyroidism) boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Selain itu, masalah lain seperti Ketidakcukupan Kelenjar Adrenal ( Penyakit Addison), gula dalam darah yang rendah atau penyakit diabetis boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

v  Dehidrasi: Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemahan,pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah, cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan pembuangan air kencing)  dan senaman yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi.

Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock” (isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.

v  Kehilangan Darah:Kehilangan darah disebabkan kecederaan yang parah atau pendarahan dalaman mengurangkan  jumlah darah dalam badan anda, membawa kepada penurunan tekanan darah yang teruk.

v  Jangkitan yang teruk (Septicemia): Septisemia berlaku apabila jangkitan di dalam badan memasuki saluran darah. Keadaan ini boleh membawa kepada kejatuhan tekanan darah yang mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil ”septic shock’.

v  Tindak balas alahan yang teruk (anaphylaxis): Anaphylaxis adalah serius dan berpotensi mengancam nyawa. Pencetus-pencetus anaphylaxis yang lazim ialah makanan,sesetengah ubat,bisa serangga dan bisa ular. Anaphylaxis boleh menyebabkan masalah pernafasan, kegatalan,pembengkakan kerongkong dan kejatuhan tekanan darah.

v  Kurang zat dalam diet anda: Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah. 
 
sumber :http://site.100percentnutrisyen.com

tekanan darah rendah (1)



Definisi 

Keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi

Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor -Faktor
  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
Gejala atau tanda-tanda awal 
  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus

Penyebab Tekanan Darah Rendah 

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah. 
sumber : http://www.thetole.org

Thursday, November 11, 2010

perasan gemuk ~!!!


Maaf Entry ku kali ni agak emo dan agak ketupat sikit disebabkan aku agak tak tahan dgn perangai kawan ku yg sorang ni..kawan ku yg sorang ni agak cun orangnya tapi dia perasan gemuk.

Kadang tu sungguh aku tak paham kenapa ada perempuan yg kurus rasa dorang gemuk..serius rasa annoying gila..seolah olah macam tak bersyukur pun ada.

Oklah rasa gemuk so what tak payah dok ulang benda yg sama nanti kena sakit OCD pulak,kalau rasa dah gemuk sgt bawak2 la bersenam,beli la alat exercise yg berlari lari tu.Tak payah dok kecoh rasa berlemak sana sinun.


Terciptanya entryku ini sebab aku kesian dekat kawan aku yg betul2 dalam golongan comel ni,terasa diorang dgn kerenah kawan kami yg perasan gemuk ni,seolah olah mcm memperli dorang pulak.




Aku yg kurus ni pun rasa mcm meluat..paham tak gemuk tu menda apa?tak paham pi tgk cerita biggest loser  tu..kalau setakat dok canang2 ai gemuk la , bila ai nak kurus ni, ai tak tau la bila ai nak start diet , ai malas la nak bersenam tapi ai dah gemuk, tak payah dok mengada la.

Moral of de storynya tolongla rasa bersyukur..kalau setakat perasan gemuk sebab nak dapat pujian dari pihak lain mmg very annoyed serta sungguh publisiti murahan and ambik pengajaran sikit dari cerita Biggest Loser tu peratikan diorang yg dari kalangan comel ni punya seksa diorang nak kurangkan badan yg ko boleh pulak ngada2 dah kurus kata gemuk pulak.

Kita ni ALLAH dah jadikan serba kena dah kalau kurus tu ada la sebabnya and kalau comel tu pun ada musababnya juga.Pandai2 la kita nak membawak diri.

peace (^_-)v

Wednesday, November 10, 2010

Pix Of Nai (week 8)


Friday, November 5, 2010

situasi yg menjengkelkan


situasi 1

me n my adik di kedai makan..menunggu nunggu bungkusan makanan setelah mengorder..adalah budak2 kecik dalam 4 orang mcm tu.Umur sekitar 7 hingga 9 tahun,.duk main2 kat meja kami ni..parents dorang pun ada kat belakang meja kami..

yg buat saya agak terjengkel ialah bilamana kanak2 ni bising di belakang saya..dan yg paling saya tak tahan sekali semasa saya mengeluarkan duit dari purse budak2 ni baik punya menjenguk ..adik saya sambil tersengih sengih berkata..dorang jenguk beg duit awak tu..haih sabar la..yess i know budak2 biasala rasa ingin tahu tu senantiasa ada..tapi yg buat saya terjengkel tu bila parents dorang buat tak tau je..at liz cuba la larang anak2 tu sikit..jangan kacau kakak tu ..simple..ni biar je anak2 tu main kacau2 orang lain..

situasi 2

juga di kedai makan semasa membeli breakfast pulak..sistem kat kedai makan ni mcm ni  sistem dia makcik tu susun2 menu yg dah diorder mengikut susunan..lepas tu dia kepit je kertas2 kecik tu guna pengepit baju je..contoh kalau kat meja tu ada 2 orang yg order, maka 2 kertas la yang dikepit..

back to de annoyed story..datang le sorang akak ni (nak membayar) dgn anak2 dia seramai 3 orang..sekitar 6 to 10 tahun..yg saya ni memang duduk kat kaunter bayar tu sementara menunggu order sampai..anak perempuan kakak yg berumur 6 tahun tu dok la mengusik usik kertas2 yg dikepit dgn pengepit baju tu..makcik tu dah susun cantik dah ikut urutan order..

Paling tak tahan budak tu konon la dgn gaya yg dia rasa comel..kakak kenapa basah ni nak pegang boleh tak ..sambil menunjuk kat order yg dia ckp basah tu..saya buat dek je sebab mmg agak FAIL dalam melayan kanak2 yg besar2 tu..reaksi mak dia hmm super annoyed bukan nak marah..n de worst part..budak tu dok pegang2 peha saya sambil berkata kakak boleh tak nak bukak ni..tau tak budak tu pegang satu set order tu ada la dalam 5 kertas kecik mcm tu maknanya 5 orang punya order tu..budak tu siap dah bukak pengepit baju yg dikepit kat order tu..Ya ALLAH saya masa tu mcm nak lempang pun ada budak ni dan rasa nak lempang mak dia sekali sebab sikit pun mak dia tak larang anak dia tu dok mengeruai usik2 order2 kat situ

dalam hati saya cepat la makcik kedai ni datang abes la chaos order2 yg dia dah susun ni karang..tak lama kemudian datang la makcik yg nak mengira tu..dan2 la kan mak budak yg annoyed tu melarang jangan usik jangan usik..rasa nak pang pun ada..n terperasan makcik kedai tu muka masam sambil mengecheck order yg budak tu usik tadi..

ok saya sendiri pun belum berkahwin n ada anak n myb saya tak tau cara macamana nak handle anak2 yg besar tu..dan mungkin jugak sebab saya ni kurang berkenan sikit ngn kanak2 yg umur mcm tu..dalam family kami kata zaman2 annoying eekekek..

cuma saya sedikit pelik susah sgt ke nak larang anak tu dari mengacau orang lain.....

Thursday, November 4, 2010

Obsesif Kompulsif...errr from me


tanpa disedari rupanya saya ada sedikit penyakit ocd ni..sikit je tak banyak

1-suka bercakap or bersembang dgn topic yg sama secara berulang ulang..sampai kawan rasa annoying..contoh masa call dah ckp ok esok kita jumpa taw..tapi 5 minit kemudian call lagi untuk confirmkan balik sengal betui..

2-terlalu memeriksa api dapur (siap pegang2 tunku dapur untuk confirmkan)..check plug iron..(siap campak plug)..and check berulang kali sama ada pintu or gate dah lock ke belum..pernah suatu ketika dah sampai separuh jalan patah balik ke rumah untuk memeriksa sekali lg sama ada gate n pintu utama rumah dah lock ke belum..

3-kadang2 tu tak boleh tgk juga daki or sikit2 benda kotor kat meja mesti rasa nak cuci cepat2

4-suka menyusun sesuatu mengikut warna or size..contoh terbaik semasa saya nak jemur kain..akan berusaha sebaik mungkin menyusun baju2 mengikut warna..kalau lipat baju n menyimpan di closet pun sama sangat memerlukan kesamaan (betul ke perkataan ni)

5-seseorang yang terlalu patuh pada peraturan..hmmm mungkin juga berlaku pada myself ni andaikata hari sabtu tu dah plan untuk merumput rumput di luar hanya aktiviti merumput je la yg hanya saya akan lakukan..kalau terpaksa buat aktiti lain rasa tak selesa sebab tidak mengikuti plan yg ditetapkan..(rules from myself juga)

6-risau dgn benda2 remeh..yup sgt lah benar contoh simple..Pegi kedai je..tapi dok mikir nanti kena parking kat mana? kalau orang ramai macamana?kalau tak jumpa barang yg perlu dibeli pulak macamana..gelabah tak tentu pasal pada perkara yg tidak sepatutnya (haih uma.. uma..)

7- tidak menumpukan or tidak fokus ..kadang2 tu blur ..sebab tu saya terpaksa berkata or melakukan sesuatu perkara tu secara berulang ulang..sampai rasa puas hati..

8-pelupa- walaupun benda yg saya buat tu setiap hari tapi saya memerlukan reminder untuk mengigatkan saya..contoh senang menonton rancangan kegemaran..walaupun hampir setiap minggu saya menonton rancangan tersebut tapi masih memerlukan alarm untuk mengingatkn myself..pernah sekali saya test tak buat reminder..hasilnya terlepas cerita kegemaran yg saya tunggu hampir seminggu..satu lg kalau saya dah plan pukul 10 baru boleh keluar..mmg akan tunggu tepat2 sampai pukul 10..(adoi jgn jadi mcm mr Monk pulak)

hmmm must do something ni..kalau dalam islam ocd ni dikenali sbg penyakit was was..last week ada menonton whi mengenai penyakit ni..salah satu caranya ialah perlu mencontrol diri sendiri supaya tidak melakukan sesuatu itu secara berulang...dan perlu confident pada diri sendiri juga..huh Good Luck to my self then

Wednesday, November 3, 2010

Obsesif Kompulsif (OCD) (2)



Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Risiko Seseorang Mendapat OCD
  1. Genetik - ( Keturunan ) Ahli keluarga yang mungkin mempunyai sejarah penyakit ini meningkatkan lagi risiko OCD.
  2. Organik- Masalah organic seperti lesi dibahagian-bahagian tertentu otak juga merupakan satu factor bagi OCD. Masalah saraf seperti yang disebabkan oleh meningitis dan enkefalitis juga adalah salah satu penyebab OCD.
  3. Personaliti - Mereka yang mempunyai personality obsesif lebih cenderung mendapat gangguan OCD. Ciri-ciri mereka yang memiliki personality ini ialah seperti keterlaluan mementingkan aspek kebersihan, seseorang yang terlalu patuh pada peraturan, cerewet, sukar bertolak ansur dan tidak mudah mengalah. ( contoh terbaik mcm mr Monk :) )
  4. Pengalaman lalu - Pengalaman masa lalu / lampau juga muda mencorakkan kaedah seseorang menangani masalah diantaranya dengan menunjukkan symptom OCD.
  5. Konflik - Mereka yang mengalami gangguan ini biasanya menghadapi konflik jiwa yang berpunca daripada apa juga masalah hidup.

Ciri-Ciri OCD
Dalam proses penyiasatan, doctor akan mengambil kira latar belakang dan sejarah pesakit termasuklah:-
  • Tempoh berlakunya masalah tersebut
  • Punca sebenar tercetusnya masalah
  • Tempat simptom OCD sama ada lebih ketara di rumah atau di pejabat
  • Keseriusan simptom sekiranya penderita menghadapi masalah.
  • Peringkat keterukan yang dihadapi.
Rawatan
Ubat-ubatan

Biasanya doctor akan memberi ubat anti-obsesif seperti chlomipramine dan fluxomine bagi membantu menenangkan pesakit. Ubat-ubatan ini juga berpotensi menghapuskan fikiran obsesional pesakit.

Adakalanya pesakit terpaksa mengamalkan ubat-ubatan ini dalam tempoh yang agak lama seperti dua hingga tiga tahun bergantung kepada tindakbalas.

Pendekatan psikologi
Pendekatan psikologi yang merangkumi psikoterapi kognitif dan psikoterapi tingkahlaku:-
  1. Psikoterapi kognitif - pesakit akan dibantu mengatasi masalah ini melalui cadangan dan perbincangan berdasarkan pemikiran yang rasional.
  2. Psikoterapi tingkah laku - Tetapi ini lebih bercorak kepada pendedahan dan tindakan pencegahan yang berperingkat-peringkat.
Bagaimanapun, sembuh atau tidak seseorang pesakit bergantung kepada:-
  • Keseriusan masalah yang dihadapi
  • Kerjasama dan patutnya terhadap rawatan yang diberi
  • Sokongan individu yang hampir seperti ahli keluarga, rakan-rakan atau teman.
  • Tempoh mengidap penyakit tersebut.
sumber : http://www.mentalhealth.org.my

Obsesif Kompulsif (OCD) (1)



Ciri-Ciri OCD
  • orang itu obsesional dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak.
  • Individu terbabit berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa dengan keadaan ini.
  • Sedar dan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibaut-buat tetapi datang dari luar 'ego alien' pada dirinya.
  • Individu tersebut tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu adalah karut, tidak logic dan tidak sepatutnya berlaku.
  • Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah
Pemikiran atau bayangan ruminasi obsesional ini boleh dibahagikan kepada sama ada:-
  1. Was-was
  2. Kebersihan
  3. Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan (slowness) 
Biasanya disusuli dengan tindakan kompulsif atau perbuatan yang dilakukan berulang kali. Individu yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini biasanya cepat marah, mudah tersinggung di mana fungsi sosial mereka menjadi tidak terurus.

Malah, tumpuan fikiran mereka juga sering terganggu mengakibatkan hubungan sosial dengan orang lain dan keluarga sering menimbulkan masalah. 


Individu yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya sering berkeadaan seperti:-
  • Kemurungan
  • Sedih
  • Kurang selesa
  • Cepat letih
  • Berat badan menurun
  • Cepat marah
  • Tidak menghiraukan aspek pengurusan diri seperti kebersihan atau kecantikan.

Humihingi ng direksyon (Asking for directions)



Card # Tagalog (filipino) English
1 diretso straight ahead
2 dumiretso keep going straight
3 katabí ng bangko next to the bank
4 kumaliwâ turn left
5 kumanan turn right
6 magpatuloy na continue on
7 mga ilaw set of lights
8 pumihit make a U-turn
9 sangándaán intersection
10 sa ibáng panig on the other side
11 sa kabilâ ng kalye across the street
12 tuwirín ang daán follow the road
**
bangko- bank
diretso-direct

refer web : http://www.byki.com/lists/Tagalog/Asking-for-Directions.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Notes from Nurul Baiti. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver