Friday, November 12, 2010

tekanan darah rendah (2)


Berapa Rendahkah yang dikatakan Rendah?
 
Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.


     Tekanan Darah Rendah  =  Tekanan darah < 90/60 mmHg.
 
Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah.

Cth:    115   ∕  50      = tekanan darah rendah @   85   /   70       = tekanan darah rendah
         (normal)    (rendah)                                                                    (rendah)     (normal)

Kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba boleh membahayakan. Penurunan tekanan darah walaupun hanya sebanyak 20 mmHg (cth: drp. 130mmHg à 110mmHg) boleh menyebabkan pening dan pitam apabila otak gagal mendapat bekalan darah yang cukup


Tekanan darah rendah  boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

v  Mengandung: Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya menurun sebanyak  5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak 10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya kembali normal selepas melahirkan anak.

v  Masalah Jantung: Masalah-masalah jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah termasuklah kadar degupan jantung yang sangat rendah (bradycardia), masalah injap jantung,  serangan jantung dan kegagalan jantung. Keadaan-keadaan ini menghalang pengaliran darah secukupnya ke seluruh badan dan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

v  Masalah Endokrin: Masalah kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) atau kelenjar tiroid yang terlebih aktif (hyperthyroidism) boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Selain itu, masalah lain seperti Ketidakcukupan Kelenjar Adrenal ( Penyakit Addison), gula dalam darah yang rendah atau penyakit diabetis boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

v  Dehidrasi: Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemahan,pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah, cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan pembuangan air kencing)  dan senaman yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi.

Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock” (isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.

v  Kehilangan Darah:Kehilangan darah disebabkan kecederaan yang parah atau pendarahan dalaman mengurangkan  jumlah darah dalam badan anda, membawa kepada penurunan tekanan darah yang teruk.

v  Jangkitan yang teruk (Septicemia): Septisemia berlaku apabila jangkitan di dalam badan memasuki saluran darah. Keadaan ini boleh membawa kepada kejatuhan tekanan darah yang mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil ”septic shock’.

v  Tindak balas alahan yang teruk (anaphylaxis): Anaphylaxis adalah serius dan berpotensi mengancam nyawa. Pencetus-pencetus anaphylaxis yang lazim ialah makanan,sesetengah ubat,bisa serangga dan bisa ular. Anaphylaxis boleh menyebabkan masalah pernafasan, kegatalan,pembengkakan kerongkong dan kejatuhan tekanan darah.

v  Kurang zat dalam diet anda: Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah. 
 
sumber :http://site.100percentnutrisyen.com

0 tengah salin resipi:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Notes from Nurul Baiti. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver